DI SABAH, parti politik tidak semestinya asas kepada pembentukan kerajaan, melainkan kepada para individu.
Dalam pilihanraya yang penting ada simbol seseorang calon, tujuannya hanya membezakan antara calon.
Selepas pilihanraya, mereka yang menang akan bernaung pada sebuah syarikat. Syarikat ini lah yang menjadi broker untuk membentuk kerajaan.
Kerana sifat syarikat bermatlamat keuntungan, maka barang dagangan perlu mempunyai nilai. Nilai barang dagangan termasuklah kos barangan tersebut. Ertinya, wakil yang menang itu selain mendapat semula kos yang digunakan, juga akan mendapat keuntungan melalui trading yang dilakukan oleh syarikat. Dalam keadaan ini, dua belah pihak dalam keadaan menang-menang.
Di masa depan, mereka yang bakal bertanding akan menggunakan berbagai cara untuk menang, kerana jika menang, maka keuntungan akan berlipat ganda.
Keuntungan bukan sahaja diperolehi melalui trading syarikat, akan tetapi elaun yang diperolehi sebagai wakil rakyat, dan seterusnya bayaran pencen seumur hidup, malah termasuk bantuan untuk orang miskin seperti bantuan monsun untuk penoreh getah.
Rakyat bukan keutamaan mereka ini. Jika mereka bercakap berkaitan rakyat, ianya hanya mengabui mata rakyat yang memilih.
Walaupun tidak semua wakil rakyat akan menjadi produk atau barang dagangan sesebuah syarikat, akan tetapi mereka akan menjadi mangsa, seperti mana berlaku pada 11 Mei,2018, apabila 25 ADUN Bn dan STAR menjadi mengsa kepada 6 ADUN. Kerana tindakan 6 ADUN tersebut, maka sebuah kerajaan yang sah telah jatuh atau kehilangan kuasa memerintah.
Kalau lah sistem demokrasi di negara ini menggunakan kuasa rakyat sebagai penentu untuk membentuk kerajaan, maka sebaliknya proses penentuan kerajaan dikembalikan kepada rakyat menerusi pilihanraya.
Tetapi apa yang berlaku, selain proses demokrasi tidak dipatuhi, Perlembagaan Sabah juga tidak dipatuhi.
Kalaupun, pihak yang melantik Ketua Menteri atau kabinet negeri bertindak, maka seharusnya mengikuti Perlembagaan Negeri, melalui proses-proses yang termaktub dalam Perlembagaan.
Ketua Menteri baru boleh dilantik, jika Ketua Menteri yang sah meletakkan jawatan atau mendapat usul tidak percaya daripada para ADUN semasa sidang DUN sedang bersidang. Bukannya mengunakan budibicara kerana tindakan para ADUN yang khianat.
Di mata orang awam atau rakyat Sabah, kerajaan sekarang ini, ditentukan oleh TYT dan 6 ADUN khianat, bukannya oleh rakyat Sabah.
Di masa depan, keadaan serupa juga akan berlaku, sebab itu penulis meramalkan, bahawa masa depan politik Sabah akan terus dikuasai oleh para broker politik, bukannya oleh rakyat. Pilihanraya hanya gimik untuk medapatkan seorang wakil rakyat pada kerusi yang dipertandingkan.
Akibat kepada penentuan Kerajaan Sabah pada 12 Mei, 2018, maka menjadi penyebab kecurigaan rakyat kepada setiap pemimpin atau calon yang bertanding dalam pilihanraya, bahawa tujuan mereka itu bukan menjadi wakil rakyat untuk mewakili rakyat akan tetapi sebaliknya.
Adalah malang bagi mereka yang benar-benar berjuang untuk rakyat, mereka terpalit, hanya kerana perbuatan segelintir, bagaikan kata peribahasa, kerana nila setitik, susu sebelanga rosak binasa, kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.
Untuk mengelak keadaan ini berlaku, maka UNDANG-UNDANG ANTI LOMPAT perlu dikuatkuasakan semula, atau setiap calon perlu menandatangi PERJANJIAN yang direkodkan di mahkamah, jika KHIANAT secara automatik kehilangan kerusi, atau perlu membayar denda sekurang-kurangnya RM100juta.
1 comment:
HEYY CAI PH SEKELIAN BOKAN 2 MINGGU TAPI 24 JAM
SAYA ULANGGGG PUKUL 11 SAH JADI KJAAN
ESOK HARI HARGA MINYOK TURUNNN MENCIPANNN.!!!
MACAI BODO BANGANG TERKINJA KERIANGAN
KIKIKIKIKI...OHHH BANG NON@BROTHER ANWAR BIN IBRAHIM
KALAU DULU DAH TAU BUAT2 BANGANG WAT APA SEKARANG NAK NGAKU BODOHHH..!!
FORMULAHILANGSTRESS = BMF + POPCORN TAMBAH + TEPUK TANGAN
Post a Comment