Monday, August 26, 2019

PANDANGAN JAUH MUSA MEMBUAHKAN HASIL

HALATUJU Pembangunan dan Kemajuan Sabah yang diilhamkan oleh Tan Sri Musa Aman pada tahun 2003, yang menggariskan salah satu teras utama- industri pelancongan telah membuahkan hasil.

Kerajaan hari ini mewarisi pandangan jauh tersebut, malah mendabik dada kerana hasil daripada pelancongan pada tahun 2018 mencatit rekod tertinggi dalam sejarah pelancongan Sabah, apabila jumlah pelacong yang melawat Sabah seramai 3.879juta dengan hasil RM8.342bilion. Tahun 2017 jumlah kedatangan pelancong seramai 3.684juta dengan kutipan hasil RM7.82bilion. Bagi tahun 2019, setakat Ogos seramai 1.689juta pelancong datang ke Sabah berbanding tempoh yang sama tahun lalu seramai 1.540juta.

Trend kemasukan pelancong ke Sabah terus menaik. Menerusi trend tersebut, maka perancangan Musa tahun 2003 sungguh tepat.

Pelan pembangunan sesebuah negeri sangat mustahak, seperti mana dibuktikan oleh HALATUJU.

Jika kerajaan hari ini, mahu mewariskan satu legasi di masa hadapan, maka perlu menwujudkan satu pelan pembangunan dan kemajuan Sabah untuk tempoh masa tertentu.

Legasi Musa akan terus dingati, dan sukar dipadam. Meningat kepada sumbangan beliau kepada Sabah dan rakyatnya, maka, setiap rakyat negeri ini, perlu memberikan kredit kepada beliau.

Setiap rakyat tanpa mengira fahaman politik, perlu jujur pada sendiri, bahawa pemimpin dan kerajaan yang membangun dan memajukan negeri perlu diberi penghargaan, kerana rekod pencapaian yang tercatit tidak akan terpadamkam.

No comments:

Blog Archive