Saturday, July 13, 2019

PPBM SABAH DALAM PROSES PEMANTAPAN

Datuk Hajiji-Pengterusi PPBM Sabah
Parti kedua terbesar di Sabah itu daripada segi jumlah wakil rakyat di DUN Sabah, meskipun belum ada yang dilantik ke kabinet negeri, namun mencuba mengeratkan hubungan dengan kerajaan negeri yang diterajui Parti Warisan Sabah.

Parti Warisan Sabah, walaupun bukan anggota Pakatan Harapan (PH), akan tetapi rakan di peringkat negeri dan Persekutuan.

PPBM Sabah pada peringkat awalnya, memang tidak disenangi kehadirannya di Sabah oleh Parti Warisan Sabah, namun parti itu terpaksa akur atas permintaan rakyat Sabah.

Sebagai bukti, sokongan rakyat Sabah terhadap parti itu, apabila dalam masa yang singkat dapat menubuhkan 25 bahagian. Atas sebab sempurnanya penubuhan itu, maka Datuk Hajiji Haji Noor dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Sabah pada 26 Jun, 2019, selepas dua bulan sebagai Pengerusi penaja.
Setiausaha PPBM Sabah-Dtk Ronald Kiandee

Kini, Badan Pimpinan Negeri (BPN) secara rasminya telah dibentuk. Menerusi pembentukan itu, maka proses pemantapan parti akan dipergiat, termasuk jelajah ke peringkat akar umbi di seluruh bahagian-bahagian.

Memang, kemantapan sesebuah parti, apabila bertapak di peringkat akar umbi, kerana hanya menerusi cara demikian, apabila tibanya pilihan raya, maka memudahkan parti bergerak seterusnya mendapat sokongan pengundi.

Gerak kerja jelajah, sudah tentunya disusun atur di peringkat negeri, dan dipanjangkan ke peringkat bahagian-bahagian. 

Masa kini, berbagai kaedah boleh digunakan, apa kah secara kunjungan, iaitu menerusi perjumpaan atau boleh juga menggunakan media sosial, selain itu memperbanyak cawangan-cawangan parti boleh mempelancar pemantapan parti.

Pada Sabtu, selepas mesyuarat BPN yang turut dihadiri Timbalan Presiden-Datuk Mukhariz Mahathir, Pengerusi BERSATU Sabah- Datuk Hajiji mengumumkan barisan exco negeri termasuk juga pengerusi-pengerusi Zon.

Mantan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Pengerusi PAC Parlimen- Datuk Dr Ronald Kiandee dilantik sebagai Setiausaha, manakala ADUN Membakut- Datuk Arifin Arif sebagai Bendahari. Manakala mantan Timbalan Presiden PHS- Datuk Maijol Mahap dilantik sebagai Timbalan Setiausaha bersama dengan ADUN Apas- Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

1 comment:

Keluang diamonds said...

Parti kedua terbesar yg ada wakil dun sabah . Adun yg spesis kera berok . Lompat dahan kedahan pokok cari makan

Blog Archive