Latest News

ZIARAH RAMADHAN TAN SRI MUSA

Tan Sri Musa Bersama Pelajar Tahfiz
ZIARAH Ramadhan Tan Sri Musa Aman tidak sama seperti ramadhan-ramadhan yang lalu-lalu yang dipenuhi majlis berbuka puasa anjuran-anjuran parti-parti politik atau para pemimpin di seluruh pelosok Sabah, malah termasuk Semenanjung.

Ziarah Ramadhan beliau kali ini, bersifat persendirian. Atas sifat persendirian, beliau memilih berziarah ke rumah-rumah yatim dan madrasah.

Pada petang Ahad, Musa memilih ziarah Ramadhan ke Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan, Membakut.

Ketibaan Musa telah disambut oleh pengasas Pusat Tahfiz itu Datuk Ghulam Hassan bersama-sama 52 pelajar dan tenaga pengajar pusat tersebut.

Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan yang dibuka pada Tahun 2012, sehingga kini telah berjaya mendidik 22 hafazan.

Pusat itu, meskipun pada awalnya hanya bermatlamat menerima anak-anak yatim (YATAMA), namun menerima juga para pelajar tahfiz yang kurang berkemampuan.

Ziarah Musa diserikan dengan bacaan Yasin, selain solat tarawih bersama-sama dengan pelajar.

Musa juga diberi kesempatan menyampaikan kata-kata semangat kepada para pelajar, sementara menunggu berbuka puasa bersama.
Tan Sri Musa bersama Datuk Ghulam Hassan (kiri sekali)

Menerusi ucapan ringkas tersebut, Musa menceritakan serba sedikit pengalaman Ustaz Abdul Somad daripada Indonesia, yang menuruti permintaan ibunya agar beliau belajar di sebuah pasentren (madrasah) di negaranya, kemudian itu menyambung pelajaran ke Mesir dan seterusnya ke Morocco.

Berkat doa ibu beliau ( Ibu Ustaz Abdul Somad), beliau berjaya mendapat ilmu yang amat berguna kepada umat islam, bukan sahaja di Indonesia, akan tetapi di negara-negara lain termasuk Malaysia.

Moral kepada pengalaman Ustaz Abdul Samad itu, sepertimana yang diceritakan Musa kepada pelajar Tahfiz Darul Yatama, bahawa pelajar Tahfiz merupakan aset kepada ummah, kerana menjadi penyambung dan memelihara kecucian kalam Allah- Al-Quraan.

Sempena ziarah Ramadhan Musa ke Pusat tahfiz itu, beliau telah mengulur bantuan kewangan kepada pusat itu, selain sumbangan kepada setiap pelajar, tenaga pengajar, selain kakitangan pusat tersebut.
Datuk Ghulam Menerima Sumbangan
Tan Sri Musa

1 Response to "ZIARAH RAMADHAN TAN SRI MUSA"

Anonymous said...

kasi up 2 blogger ini

agendsai.blogspot.com

anak sungai derhaka.blogspot.com

ini blogger mme totok blogger tolo labuh... maklum la sampai labuh tolo bakal PM ke 8 tunggu nak jadi PM


jom terjah blogger ni... meriah weei..!

Blog Archive