Tuesday, March 05, 2019

KERAJAAN WARISAN GAGAL TUNAI JANJI

Datuk Seri Shafie Apdal kena akur, kejayaan PWS, DAP dan PKR menang 29 kerusi Dun dan 15 parlimen pada PRU-14 kerana berbagai janji kepada rakyat. Di Sabah, Shafie berjanji jika memerintah, maka akan mengambil 80% daripada hasil minyak, mahu mendapatkan semula hutang tertunggak Persekutuan berjumlah RM1trilion, selain mengembalikan 40% cukai bersih daripada Sabah.

Bukan itu sahaja, Shafie berjanji akan menubuhkan banyak kilang untuk membuka peluang pekerjaan, selain mengurangkan kos sara hidup menerusi penurunan harga barang.

10 bulan berlalu, tiada sebarang perkembangan, kecuali apa yang dipaparkan di surat khabar, Shafie akan bertemu Tun Dr Mahathir berbincang berkaitan MA63. Sebelum ini, perbincangan, kajian berkaitan MA63, telah berlangsung semasa kerajaan terdahulu. Hasil perbincangan sudah tentu dicatit dalam fail, ertinya, siapa pun yang mengambil alih kerajaan, boleh merujuk hasil perbincangan atau kajian, daripada situ, maka boleh diambil keputusan.

Berkaitan royalti minyak, di dewan rakyat atau kenyataan Tun Dr Mahathir sendiri, akan kekal 5% keluaran kasar seperti mana kaedah sebelum ini. Jika peratusan kelihatan tinggi, iaitu 20%, maka pengiraan hendaklah berasaskan keuntungan bersih.

Hujah beregar-degar Shafie, kalau Petronas tidak memberi 20%, maka Sabah mengambil 80%, dan Petronas 20%, hanya janji kosong.

Setakat ini, tiada apa-apa yang berubah di Sabah. Yang berubah, hanya nama 3 kementerian. Yang berubah, hanya individu pada jawatan-jawatan yang telah wujud sejak azali. Hakikatnya, tiada yang berubah, kecuali cara pentadbiran yang berubah, kerana bangunan kerajaan boleh menjadi gerai penjualan makanan atau buah-buahan.

10 bulan terakhir yang berubah, adalah lifestyle para penyokong atau pemimpin penyokong Datuk Shafie, kerana ramai sudah menunggang kereta mewah, memakai jam rolex model terkini. selain gaya seperti Adnan Khashoggi, hartawan Arab Saudi satu masa lalu. 

Selama 10 bulan yang berubah hanya kontraktor pelaksana penyelenggaran jalan raya, penyelenggaran loji air, kontraktor pemotong rumput di kawasaan majlis daerah tempatan. Kesemua perubahan itu, tidak berkait dengan kehidupan rakyat jelata, dan sudah tentunya tidak memenuhi harapan rakyat yang mengundi pada PRU-14.

Apa yang peliknya, walaupun Shafie menjadi Ketua Menteri selama 10 bulan, setakat ini belum terdapatnya sebarang halatuju pembangunan dan kemajuan negeri, apa tah lagi target kerajaan yang beliau pimpin. Apa yang berlaku, ada lah perubahan individu penerima elaun, daripada semua peringkat, daripada Ketua Kampong, JKKK, Ketua Daerah, kapitan cina, PPM, pemaju mukim dan sewaktu dengannya. Pendek kata, perubahan yang dimaksudkan, bukan lah perubahan secara hakiki, akan tetapi HANYA PENGANTIAN. Makna kata, perubahan yang dimaksudkan kerajaan warisan, penamatan setiap rantai atau jalinan kerajaan dahulu, kepada yang baharu. Dalam erti kata lain, tidak berlakunya sebarang penambah baikkan. 

Metodologi yang dilakukan ini, akan menjadi katalis kepada perubahan kerajaan, seperti mana berlaku sebelum tahun 1994, bahawa kerajaan Sabah berubah setiap 9 tahun.

Cara Shafie memerintah atau mentadbir, tidak akan bertahan lama, kerana bukan bermatlamat menyeluruh, akan tetapi bersifat kepartian. Shafie tidak mengamalkan, pemenang "take-all" tetapi bermisikan, hanya penyokong beliau, bukan untuk rakyat Sabah secara keseluruhannya.

No comments:

Blog Archive