Thursday, March 21, 2019

CARA DATUK BUNG MOKTAR TIDAK AKAN MAMPU MEMBAWA UMNO SABAH BANGKIT

SEHARUSNYA Datuk Bung Moktar Radin, ikut rasmi Timbalan Presiden Umno- Datuk Mohammad Hassan yang bersifat terbuka berkaitan tindakan para wakil rakyat Umno yang berhijrah. Tok Mat yang menjalankan tugas-tugas Presiden Umno kerap menyuarakan, tindakan beberapa wakil rakyat Umno berhijrah memang menyedihkan, akan tetapi setiap pemimpin mempunyai kebebasan berpersatuan yang dijamin perlembagaan. Lagi pun, tindakan para wakil Umno baik di peringkat Parlimen mahupun DUN yang berhijrah tidak menyebabkan sesebuah kerajaan tumbang, kecuali tindakan 4 ADUN parti itu di Sabah pada 11 Mei,2018 yang menyebabkan Kerajaan Bn Sabah tumbang.

Jika Bung mengalamatkan kenyataan tidak beritegriti maka perlu dialamatkan kepada 4 ADUN itu, bukannya mereka yang terkategori berhijrah.

Bung sepatutnya perlu berhujah tidak double standard, kerana sebelum ini apabila ADUN PKR dan DAP semasa krisis Perak pada tahun 2009 yang menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang di negeri itu, tidak berhujah seperti mana hujah beliau di Dewan Rakyat pada 20 Mac, 2019.

Bung juga adalah sebahagian daripada Umno semasa Kerajaan Bn Sabah yang diterajui Umno menubuhkan Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1994, kerana tindakan Umno menerima dua ADUN PBS. Dua ADUN PBS yang bertindak keluar itu terus menjadi wakil rakyat selama 24 tahun sehinggalah pada PRU-14 lalu. Makna kata, tiada sesiapa yang boleh menghukum mana-mana wakil rakyat samada bakal kalah atau menang dalam pilihan raya kecuali lah para pengundi yang diwakili wakil rakyat itu. Kena diingat, kemenangan seoarang calon pada kawasan-kawasan tertentu ada 2 faktor, iaitu faktor parti dan calon. Sebagai contoh, pada PRK Cameron Highlands, kemenangan Bn, kerana faktor calon. Kerana faktor calon lah, Datuk Rubin Balang dan Datuk Lajim Ukin terus menerus sebagai wakil rakyat selama 24 tahun, malah Lajim mempunyai keistimewaan lagi, pada PRU-13, bukan calon kerajaan akan tetapi calon pembangkang, namun masih menang.

Penulis menganggap kenyataan Bung Moktar di Parlimen adalah kenyataan politik. Namun tidak semestinya kenyataan politik itu selari apa yang berlaku di lapangan. Memang benar, Umno Sabah, tiada Bahagian atau cawangan yang terbubar, kerana masih cukup korum baik di peringkat cawangan mahupun bahagian. Bung kena ingat, semasa menghadapi PRU-14, Umno Sabah mempunyai 560ribu ahli atau rata-rata satu bahagian lebih 22ribu orang. Jika separuhpun daripada jumlah itu keluar, maka bahagian masih tidak terbubarkan.

Bung kena menerima hakikat, bahawa Umno sudah banyak kehilangan ahli. Menjelang PRU-14pun, 1/4 ahli Umno sudah menyertai Parti Warisan Sabah, walaupun mereka itu masih terdaftar sebagai ahli. Sebagai bukti nyata, daripada 32 kawasan DUN yang ditandingi Umno, 15 DUN ditawan PWS, sementara di peringkat parlimen, daripada 14, 7 ditawan PWS. Dengan fakta itu, menunjukkan, bahawa pada PRU-14, sudah separuh ahli Umno sudah berpaling tadah.

Bung kena ingat, Datuk Shafie Apdal merupakan mantan Naib Presiden Umno. Beliau telah berjaya mantan-mantan ahli Umno menyertai beliau, sebab itulah di Parlimen Semporna misalnya, semua DUN sapu bersih. 

MP Kinabatangan itu kena menerima hakikat, dengan berhijrahnya para wakil rakyat Umno dan mantan-mantan Ketua Bahagian Umno, akan mengecilkan jumlah ahli Umno Sabah.

Dalam sejarah politik Sabah, sejak merdeka, tiada lagi parti yang kalah dalam pilihan raya Sabah mampu bangkit semula. Umno Sabah tidak boleh di samakan dengan Umno Semenanjung, kerana Umno Semenanjung pernah bangkit di Kedah, Terengganu dan Perak, walaupun terus gagal di Kelantan sejak tahun 1990 dan Selangor sejak tahun 2008. Bung perlu melihat fakta ini...

No comments:

Blog Archive