Saturday, January 05, 2019

TREND PRU-14: SEKADAR GAMBARAN


Sekadar analisa mentah, trend pengundian PRU-14 peringkat parlimen seluruh negara. Kalau lah sistem demokrasi negara bukan berasaskan first past the post, tetapi berasaskan undi popular, keputusan PRU-14 tidak sama seperti mana diumumkan SPR, melainkan seperti tabulasi di atas.

Apa yang mengejutkan, pada PRU-14, undi popular parti-parti PH menurun berbanding PRU-13, kerana pada PRU lepas, parti-parti itu hanya mendapat 48%, manakala parti yang meningkat undi popular adalah PAS kepada 18%. BN pula memang menurun  kepada 34% berbanding PRU-13, 46%.

Oleh kerana sistem demokrasi kita bukan bersandarkan kepada undi popular, maka faktanya, PH termasuk warisan mendapat 122 kerusi, Bn 79, dan PAS 18, STAR 1 dan bebas 2. Jika mengguna pakai seperti demokrasi Indonesia, maka Bn hanya menang 75, PH 108, manakala PAS 40. Bermakna, pada PRU-14, PAS adalah parti penentu pihak mana yang membentuk kerajaan. Jika Pas memilih Bn, akan mempunyai 114 kerusi, lebih 2 kerusi daripada majoriti mudah daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Jika Pas memilih PH, maka membentuk kerajaan yang kuat dengan kuasa 2/3.

Namun, kecederungan undi PRU-14 itu, tidak akan berulang lagi pada PRU-15, kerana senario politik sudah berubah. Penulis, hanya berkeyakinan, Pas akan kekal dengan peratusan undi, manakala PH akan meningkat naik,

No comments:

Blog Archive