Sejarah negara menunjukkan, mana-mana pihak yang berlawan dengan Tun Dr Mahathir, berakhir dengan kekalahan.
PRU-14 adalah fakta terkini, yang membuktikan, mana-mana pihak yang berlawan dengan Perdana Menteri itu akan berakhir dengan kekalahan.
Tun Dr Mahathir keluar daripada Umno untuk kali ke-3 pada Februari, 2016, dengan alasan yang paling mudah bahawa parti Umno di bawah kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi sama dengan UMNO yang terdahulu. "Saya ingin meninggalkan UMNO kerana ia bukan lagi UMNO. Ia adalah parti yang kini hanya menyokong Najib, 'melindungi' Najib dan saya tidak boleh menjadi ahli parti sedemikian." Pada masa itu Tun memberi jaminan tidak akan menyertai mana-mana parti, kerana dalam HATI beliau TETAP ahli UMNO.
Namun, dalam politik semua berkemungkinan. MISI tumbangkan Najib dan Barisan Nasional pemangkin kepada kerjasama antara musuh-musuh politik.
Keadaan diburukkan lagi apabila Timbalan Presiden Tan Sri Muhiyiddin Yassin dipecat, melucutkan jawatan Datuk Mukhirz Mahathir sebagai MB Kedah, dan seterusnya dipecat, penggantungan keahlian Datuk Shafie Apdal yang menyebabkan mantan Naib Presiden Umno itu keluar parti pada Julai 2016, lalu menubukan parti Warisan Sabah pada Oktober, 2016. Manakala Tun Dr Mahathir bersama-sama Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Mukkriz menubuhkan PPBM pada Jun, 2016.
Tindakan yang tidak pernah terbayangkan oleh mana-mana pihak masa itu, bahawa akan berlaku PERDAMAIAN antara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dengan Tun Dr Mahathir.
Menerusi perdamaian itu, penyertaan PPBM sebagai anggota Pakatan Harapan dengan mulus berlaku, malah pakatan 4 parti itu bersetuju dengan sebulat suara, jika pakatan itu dapat merampas Putrajaya, maka Tun dilantik sebagai Perdana Menteri, sebelum Datuk Seri Anwar mengambil alih.
Kini, sesuatu yang dianggap tidak akan berlaku telahpun berlaku. Tun Dr Mahathir sudah menjadi PM-7 masuk bulan ke-8, selepas PRU-14.
Para pemimpin Umno yang menganggap enteng keupayaan Tun, kini berlumba-lumba menyertai parti beliau, kecuali beberapa pemimpin yang tiada jalan pulang, sudah snok tanjung, tiada pilihan, terpaksa "terus" melawan.
Malah ada sesetengah pihak menganggap kerana strategi politik Tun, maka ramai pemimpin, wakil rakyat atau ahli Umno mahu menyertai parti yang beliau asaskan, namun apa yang berlaku sebenarnya adalah sebaliknya, mereka itu melihat, bahawa parti Tun, adalah parti yang boleh meneruskan agenda pembelaan terhadap kaum melayu/bumiputera.
Ada penganalis politik, antaranya pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata Dr Mahathir dipercayai sedang memancing beberapa pemimpin UMNO untuk menyertai Pakatan Harapan (PH), kononnya sebagai tindakan mengimbangi pengaruh Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah beliau percaya akan wujud dua kem dalam PH, aitu kem Anwar dan Kem Mahathir.
Selain itu, kononya strategi Tun mahu menarik lebih ramai wakil rakyat Umno untuk mengekang kebangkitan parti itu.
Pada awalnya Umno kelihatan akan bangkit menerusi kerjasama dengan Pas, namun kerjasama itu dihebahkan terlalu awal, pra matang, sehinggakan mudah dipintas oleh pakar strategik politik terulung Malaysia itu.
Seperti mana kita ketahui, belum pun Umno dapat mengatur strategi untuk bangkit, parti itu kecoh, apabila wakil rakyat keluar beramai-ramai, malah di Sabah walaupun tidak semua wakil rakyat daripada parti itu telahpun menjadi wakil rakyat bebas.
Jika pembaca mengikuti perkembangan politik Malaysia, selagi Tun masih merupakan nahkoda pada satu flatform, jangan sama sekali menonggah arus, jika tidak berakhir dengan kegagalan.
Bagi mereka yang kini merupakan wakil rakyat bebas atau pemimpin tidak berparti, khususnya di Sabah, perlu akur dan menunggu keputusan Pengerusi PPBM yang juga Perdana Menteri itu. Serahkan pada Tun, kerana beliau tahu, bagaimana menarik rambut daripada tepung, rambut dapat ditarik, pada masa yang sama tepung tidak berselerakkan.
Pada Jumaat (hari ini), selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH, sekali lagi Tun Dr Mahathir menyatakan, bahawa pakatan itu, akan berbincang dengan pimpinan dua negeri itu, dalam rangka pemerintahan negara. Hubungan dengan kerajaan dua negeri itu, akan disusun atur dalam masa terdekat, sesuai dengan senario politik terkini.
Yakin lah, susun atur antara kerajaan pusat dan kerajaan Sabah dan Sarawak, sudah tentunya sesuai dengan konsep Persekutuan, dan kemungkinan besar mengambil kira Perjanjian Malaysia 1963. Sama-sama kita tunggu.
No comments:
Post a Comment