Saturday, December 29, 2018

APA KAH PKR BAKAL BERPECAH?

Pertanda parti PKR tertunda berpecah, apabila Azmin Ali mengurungkan niat bertanding jawatan Presiden, menentang Dato Seri Anwar Ibrahim. Walaupun demikian, jika Azmin kalah melawan Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan, perpecahan parti itu tidak terbendung.

Kini, perpecahan semakin jelas, retak menunggu belah, berikutan kenyataan media Azmin Ali berhubungan dengan perlantikan Rafizi sebagai Naib Presiden. Sebelum ini, tanda-tanda parti itu menuju perpecahan, apabila Nurul Izzah melepaskan semua jawatan parti. Nurul dan Rafizi dalam kelompok reformasi manakala Azmin kelompok kartel.

Bukan perkara sulit, selepas PRU-14, daripada 50 wakil rakyat PKR, diisukan hampir separuh daripada mereka bersama Azmin dalam kelompok kartel, dan bila-bila masa akan berpaling tadah.

Senario politik dalam PH khususnya yang berkaitan dengan PPBM yang ketandusan pemimpin, selepas era Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhiyiddin, ada hubung kait dengan kumpulan kartel pimpinan Azmin. 

Politik Malaysia, sejak merdeka, terbiasa dengan parti yang menjadi teraju, khususnya parti yang diwakili segmen terbesar rakyat negara ini. Dalam kerajaan PH sekarang, hanya DAP disokong oleh satu kaum, manakala PKR berbilang kaum. DAP tidak mewakili segemen tterbesar rakyat negara ini. Melihatkan taburan kerusi-kerusi dalam PH, DAP adalah parti tunjang jika dilihat daripada segmen kaum, manakala PKR, PPBM dan Amanah tidak mempunyai status itu.

Kecenderungan PPBM memperkukuh kekuatan, bagi mewakili segmen terbesar rakyat negara ini, apabila mantan-mantan wakil rakyat dan pemimpin Umno mempunyai kecenderungan menyerti parti yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir tersebut. Jika ianya menjadi kenyataan dan seterusnya bergabung dengan kumpulan kartel pimpinan Azmin, maka PPBM akan menjadi parti terbesar dalam negara ini.

Dalam politik semua boleh berlaku. Adalah diyakini, jika kumpulan Azmin secara enblok menyertai PPBM, besar kemungkin beliau akan menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir sedar, kestabilan politik penting. Jika politik tidak stabil maka akan mempengaruhi semua perkara dalam negara, khususnya ekonomi, kewangan, dan kepercayaan pelabur.

Adalah fakta selepas PRU-14, apabila kestabilan politik diragui, maka berimpak negatif terhadap ekonomi negara, nilai ringgit merundum, harga komiditi menurun, pasaran saham kehilangan berbilion ringgit, ekonomi outlook oleh badan penara antarabangsa diturunkan.

Adalah menjadi tugas utama Tun Dr Mahathir menstabilkan politik negara ini, menerusi pengukuhan parti yang beliau terajui, PPBM. Kenyataan Media Azmin Ali (caption) memperkuat spekulasi itu.

No comments:

Blog Archive