Friday, November 09, 2018

MUSA VS SHAFIE: KEPUTUSAN HAKIM- MENGENPIKAN PERLEMBAGAAN NEGERI

Jelas status TYT Sabah dan Sultan Perak tidak sama. TYT Sabah dilantik oleh Yang DiPertuan Agong, manakala Sultan di 9 negeri di Semenanjung berasaskan monarki.

Perlembagaan Sabah tidak sama dengan perlembagaan Perak. Penolakan saman pemula TSMA terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal oleh Hakim Datuk Yew Jen Kie disandarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan tahun 2009 antara Zambry vs Nizar.

Kalau hakim mengambikira Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sudah tentu tidak merujuk kepada Keputusan Mahkamah Persekutuan Zambry vs Nizar semasa membuat keputusan Musa vs Shafie, kerana latar belakang perlembagaan yang berbeza.

Musa dalam saman pemula beliau hanya mahu penafsiran Perlembagaan Negeri Sabah berkaitan kuasa TYT Sabah melantik dan memecat Ketua Menteri Sabah.

Keputusan Hakim Yew yang merujuk kepada “ extraneous evidence” dan budibicara TYT tidak termaktub dalam Perlembagaan Negeri.

Lagi pun, jika tindakan mengambilkira budibicara dan faktor luaran daripada Perlembagaan Negeri sebagai asas untuk menganggap sesebuah kerajaan kehilangan sokongan, maka akan membuka jalan Kerajaan Mee Segere di masa akan datang.

Jangan lupa, bahawa TYT mempunyai tempoh masa dalam jawatan. Jawatan mereka sangat terletak kepada “pleasure” sebuah kerajaan yang dibentuk berasaskan parti politik.

Jawatan TYT boleh diteruskan selagi dicalonkan oleh kerajaan semasa. Berasaskan kepada senario inilah, penulis menganggap penggunaan fakta di luar Perlembagaan Negeri sangat membahayakan proses demokrasi.

Penulis berharap menerusi mahkamah rayuan atau Persekutuan dapat memperbetulkan penafsiaran Perlembagaan Negeri dan seterusnya dapat “revisit” keputusan Zambry vs Nizar.

Hakim Yew Jen Kie sebenarnya mempunyai sejarah apabila membuat keputusan berkaitan kes yang membabitkan Musa Aman. Dalam kes Mazu Kudat, Musa dan kerajaan negeri kalah, namun di mahkamah rayuan keputusan sebaliknya.

Sama-sama kita tunggu perbicaraan selanjutnya.

No comments:

Blog Archive