Thursday, March 02, 2023

POLITIK MASA DEPAN SABAH TERLETAK PADA GABUNGAN PARTI-PARTI TEMPATAN

LATAR BELAKANG politik Sabah sejak merdeka menjadi pedoman para pemimpin politik masa kini.

Lebih setengah abad telah enam bentuk kerajaan silih berganti, dan terkini giliran kerajaan yang diterajui gabungan-gabungan parti lokal yang mendapat sokongan parti nasional.

Dalam sejarah politik Sabah kerajaan off the day negeri, pada era kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor julung kalinya ketua kerajaan mengetuai gabungan berbagai parti tempatan.

Pada Khamis di Kota Kinabalu dilancarkan sebuah parti baharu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang dipimpin Ketua Menteri Sabah.

Dengan pelancaran parti baharu ini, maka GRS kembali dengan 5 komponen parti, Gagasan Rakyat, PBS, STAR, SAPP dan USNO.

Sebelum ini, GRS dianggotai salah sebuah parti nasional, iaitu Bersatu, akan tetapi, ekoran keputusan PRU-15, telah berlaku penjajaran baharu politik.

Bersatu secara rasmi digugurkan sebagai komponen GRS pada 9 Disember 2022. Ekoran penguguran tersebut, secara enblok, ahli/pemimpin/wakil rakyat menyertai Gagasan Rakyat, kerana parti itu telah diterima sebagai komponen gabungan tersebut.

Kehadiran Gagasan rakyat, bukan sahaja disambut oleh mantan-mantan ahli/pemimpin/penyokong/ wakil-wakil rakyat akan tetapi oleh para pemimpin parti dalam GRS.

Pada hari ini, semasa pelancaran parti itu di SICC oleh Presiden parti itu, bukan sahaja dihadiri para pemimpin GRS, akan tetapi para pemimpin daripada parti-parti sahabat daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Sabah.

Secara sepintas, kehadiran ahli/penyokong dan mungkin orang ramai semasa majlis pelancaran itu, antara 15-17 ribu, diluar jangkaan pengajur yang memperkirakan kehadiran 5 ribu orang.

Pelancaran secara rasmi Gagasan Rakyat  pada hari ini, maka secara rasmi bermula gerakaan para pemimpin parti itu di kawasan masing-masing, dan mungkin jelajah parti itu untuk merakyatkan parti itu di peringkat akar umbi.

Kekuatan sesebuah parti, selain daripada jumlah keahlian juga sambutan rakyat di semua peringkat di kawasan-kawasan samada Dewan Undang Negeri mahupun kawasan parlimen.

Diharapkan di peringkat permulaan ini, semua jajaran kepimpinan dapat menyusun atur strategi, do it right the first place, untuk mempelancar penerimaan rakyat. 

Ada lah diharapkan, corak perjalanan parti, mencerminkan kombinasi atas-bawah dan bawah- atas, untuk mengwujudkan kekuatan yang berterusan.

No comments:

Blog Archive