Thursday, March 02, 2023

BLOK BORNEO KINGMAKER POLITIK TANAH AIR

DATUK Seri Anwar Ibrahim sudah nampak, pada pilihan raya akan datang, Blok Borneo bakal menjadi kingmaker penentuan kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri itu menterjemahkannya, apabila untuk pertama kali dalam sejarah negara, seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik mewakili Blok Borneo.

Dalam masa yang sama juga para pemimpin Borneo terutama di Sabah memberi respon positif, apabila dalam misi mengwujudkan parti politik dominan untuk bersama-sama GPS-Sarawak menjadikan Blok Borneo sebagai kingmaker.

Di Semenanjung, very clear cut, tiada mana-mana blok parti boleh mencapai majoriti mudah, melainkan perlu sokongan blok Borneo, untuk mencapai jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Hari ini, di Kota Kinabalu, tepatnya di Sabah International Convention Centre (SICC) Teluk Likas, akan hadir tidak kurang 5 ribu ahli/penyokong Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) untuk mendengar amanat Presiden parti itu, yang juga Ketua Menteri Sabah sempena pelancaran rasmi parti itu.

Gagasan Rakyat adalah parti komponen terbesar dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama-sama dengan PBS, STAR, SAPP dan USNO.

Walaupun parti itu,hanya dilancarkan pada hari ini, akan tetapi menjadi parti dalam GRS, ekoran penyertaan ahli/pemimpin/wakil rakyat Parti Bersatu secara en-blok pada 10 Disember tahun lalu.

Pada Selasa dalam sesi taklimat Media, Ketua Penerangan parti itu- Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, memberi tahu, bahawa parti itu telah mempunyai 100 ribu keahlian dan 25 wakil rakyat (ADUN). 25 ADUN tersebut adalah sebahagian daripada 53 ADUN penyokong Kerajaan.

No comments:

Blog Archive