Wednesday, March 01, 2023

PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH- BAKAL JADI PILIHAN RAKYAT- NIZAM

PARTI Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang dilancar esok di Kota Kinabalu, bakal menjadi parti pilihan rakyat terutama kaum bumiputera.

Parti itu yang dibarisi pemimpin akar umbi dan negeri yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor sudah tentu tiada keraguan bagi rakyat menyokong, sesuai dengan perjuangan parti itu bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memperjuangkan hak-hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Sesuai dengan kenyataan Perdana Menteri semasa sesi bersama kakitangan awam negeri dan persekutuan di Kota Kinabalu pada Selasa, apabila Sabah maju dan membangun, maka ianya juga cerminan pada kejayaan Persekutuan.

Gagasan Rakyat adalah parti yang mahukan semua lapisan rakyat bersatu padu, jika pun bukan ahli parti itu,akan tetapi ahli komponen parti dalam GRS, dengan kombinasi demikian, maka akan terlihat bahawa rakyat Sabah bukan sahaja bersatu padu akan tetapi bergerak sebagai satu pasukan besar, yang mempunyai aspirasi dan tujuan yang sama, iaitu memajukan rakyat dan negeri.

Apabila rakyat Sabah bersatu padu dalam GRS, maka kehendak rakyat dan negeri dapat dipandu sesuai dengan harapan segenap rakyat.

Tiada yang lebih tahu mengenai aspirasi dan kehendak rakyat Sabah melainkan parti-parti yang lahir dan disokong oleh mereka sendiri.

Rakyat Sabah sudah mempunyai pengalaman, dikuasai parti daripada luar suatu ketika dahulu, walaupun di peringkat negeri dipimpin oleh pemimpin tempatan, akan tetapi sangat bergantung pada keputusan pusat, malah pemimpin yang sepatutnya memimpin negeri kerana menjadi pilihan dan idola rakyat tidak dapat ke hadapan, kerana pusat melantik pemimpin lain.

Menerusi pendekatan demikian, maka telah menyebabkan rakyat Sabah terbahagi pada berbagai segmen secara halus, kerana pendekatan tersirat yang membawa pecah dan perintah.

Sudah tiba bagi rakyat Sabah untuk mengelak berbagai segmen kepemimpinan, dengan membuat keputusan dan pendirian untuk mengwujudkan satu parti yang kuat bagi mewakili mereka, supaya setiap keputusan para pemimpin parti itu diberi penilaian tinggi oleh para pemimpin di peringkat nasional.

Dalam senario politik negeri, pilihan rakyat itu adalah parti GRS. Oleh kerana salah satu komponen parti terbesar dalam gabungan tersebut adalah Gagasan Rakyat, maka sewajarnya rakyat khususnya bumiputera perlu bersama-sama dengan parti tersebut.

Pada Selasa, Ketua Penerangan Gagasan Rakyat- Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyatakan parti itu telah mempunyai lebih 100 ribu ahli dan 25 wakil rakyat (ADUN). Jumlah keahilian parti dijangka terus meningkat selepas pelancaran parti itu secara rasmi esok, 2 Mac oleh Presiden parti itu yang juga Ketua Menteri Sabah.

Selain itu dalam kesempatan berasingan, salah seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi (AMT)- Datuk Isnin Aliasnih yang juga ADUN Klias, sependapat dengan Ketua Penerangan parti, bahawa Gagasan Rakyat bersama GRS bakal menjadi pilihan rakyat Sabah.

Menurut pembantu menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri tersebut, beliau tidak nampak, ada sebab, mengapa gagasan rakyat dan GRS tidak menjadi pilihan rakyat. Ini kerana,menurut beliau, tiada lagi kawasan-kawasan di Sabah, yang tidak cenderung pada parti gabungan tersebut, walaupun, masih ada kawasan yang dikuasai parti-parti tertentu, akan tetapi lamban laun, kawasan-kawasan tersebut akan jua dikuasai GRS.

No comments:

Blog Archive