Monday, February 27, 2023

TERKINI SABAH: DENGAN SOKONGAN ADUN PETAGAS- HAJIJI DISOKONG 2/3 WAKIL RAKYAT

KETENANGAN Datuk Hajiji Haji Noor berhadapan kemelut politik Sabah yang digerakan Datuk Shafie Apdal dan Datuk Bung Moktar Radin pada 6 Januari, telah menyebabkan Ketua Menteri Sabah itu daripada nyaris-nyaris tumbang, kini disokong pula oleh 2/3 ADUN Sabah.

Sokongan terkini apabila ADUN Petagas- Datuk Awang Ahmad Shah keluar daripada parti Warisan selain memberi sokongan kepada Ketua Menteri juga menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Penyertaan beliau dalam Gagasan Rakyat, membolehkan parti itu sebagai parti terbesar dalam Kerajaan Negeri.

Gagasan Rakyat dilancar secara rasmi pada 2 Mac di Kota Kinabalu oleh Presiden parti itu, Datuk Hajiji Haji Noor yang juga Ketua Menteri.

Terbukti sesama sidang akhbar ADUN Petagas itu bersama-sama sebahagian besar pemimpin bahagian dan akar umbi di DUN Petagas, matlamat mereka semata-mata kepentingan rakyat di kawasan tersebut, bukan adanya unsur kepentingan peribadi.

Awang Ahmad Shah menegaskan, sebagai wakil rakyat keutamaan beliau ada lah rakyat yang mengharapkan pembelaan semasa menyokong beliau dalam pilihan raya. Ada lah tidak bertanggungjawab di pihak beliau, jika harapan rakyat tersebut tidak dapat ditunaikan, hanya kerana mempertahankan ego untuk kekal membangkang kerajaan.

Lagipun, kerajaan yang dipimpin Hajiji bukan sahaja dilandasan betul, akan tetapi mempunyai visi yang jelas menerusi Sabah Maju Jaya untuk membangun, memajukan negeri menjadi negeri maju menjelang Tahun 2025.

Pencapaian kerajaan negeri daripada segi kutipan hasil antara dorongan ADUN Petagas itu bersama sebahagian besar kepimpinan parti Warisan di DUN Petagas keluar beramai-ramai.

No comments:

Blog Archive