Wednesday, November 07, 2018

MUSA VS SHAFIE- KEPUTUSAN HAKIM TIDAK BERPERLEMBAGAAN

Sungguh memperanjatkan apabila Hakim Datuk Yew Jen Kie menolak saman pemula Tan Sri Musa Aman terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal, apabila tidak merujuk kepada kandungan Perlembagaan Sabah sebaliknya keputusan bersandarkan kepada "extraneous evidence" iaitu berasaskan dokumen yang tidak disebut dalam Perlembagaan Negeri Sabah.

Berasaskan keputusan itu, Tan Sri Musa akan membuat rayuan di mahkamah Rayuan, kerana keputusan hakim mahkamah tinggi dilihat bercanggah dengan kandungan Perlembagaan Negeri Sabah.

Musa dalam satu kenyataan selepas sahaja Hakim Datuk Yew Jen Kie membaca keputusan, telah mengarahkan pasukan peguam beliau untuk membuat rayuan. Asas kepada rayuan itu, menurut Musa, bukan kerana beliau mahu kuasa dan kedudukan Ketua Menteri, akan tetapi meminta penafsiran Perlembagaan Negeri Sabah seperti yang sepatutnya.

Dalam kes Zambry vs Nizar berkaitan perkara yang sama, di peringkat mahkamah tinggi, menyebelahi Nizar (kedudukan Musa sama seperti Nizar yang kehilangan sokongan kerana tindakan katak), namun di mahkamah rayuan dan Persekutuan menyebelahi Zambry. Dalam kes Musa lawan Shafie, keputusannya adalah sebaliknya di peringkat mahkamah tinggi.

Kepada para penyokong Shafie, jangan dulu terlalu bergembira, kerana kes ini belum berakhir.

No comments:

Blog Archive