Thursday, November 08, 2018

KEPUTUSAN HAKIM YEW JEN KIE- PEMANGKIN- KUASA SEGERA

Dua situasi yang berbeza antara Zambry vs Nizar dan Musa vs Shafie. Bagi kes Zambry vs Nizar, kerajaan yang dibentuk Nizar Jamaluddin selepas PRU-12 sudah berjalan selama 9 bulan dan sudah adapun persidangan Dewan Undangan Negeri. Dalam Tempoh 9 bulan Nizar masih mempunyai 31 ADUN daripada 59, sebelum kehilangan majoriti itu apabila 3 ADUN, 1 daripada DAP dan 2 PKR menjadi ADUN bebas akan tetapi mesra Bn yang mempunyai 28 ADUN. Malah dalam kes Zambry vs Nizar telah berlakunya sidang DUN bawah pokok. 

Situasi Nizar tidak sama dengan Musa, kerana tidak adanya persidangan Dun diadakan selepas PRU-14. Kerajaan Musa hanya dibentuk pada 10 Mei, kurang 24 jam selepas PRU-14.

Keputusan Hakim Yew Jen Kie yang menggunakan Keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan kes Zambry Vs Nizar, adalah sesuatu yang menarik dalam perundangan negara, kerana memberi peluang kepada mahkamah itu "revisit" keputusan itu, apabila kes Musa vs Shafie sampai ke peringkat itu.

Musa akan merayu keputusan hakim Datuk Yew Jen Kie pada 7 November, 2018 kerana keputusan itu tidak boleh dipertahankan kerana selain pemangkin kepada kuasa segera kerana langsung mengenepikan fungsi Dewan Undangan Negeri.

Juga, keputusan hakim Yew yang mempergunakan "extraneous evidence" dan mempergunakan "budibicara" TYT Sabah sangat membahayakan sistem demokrasi kerana membuka peluang kepada kejatuhan sesebuah kerajaan dalam sekelip masa.

Mahkamah perlu membuat keputusan, untuk PENEGGAKAN Perlembagaaan negeri dan institusi Dewan Undangan Negeri, supaya tindakan KUASA MEE SEGERA tidak boleh berlaku.

Kerajaan yang dibentuk menerusi tindakan lompat atau katak, bukan sahaja satu perbuatan khianat akan tetapi merogol sistem demokarsi. Perbuatan ini perlu dinoktahkan dan tidak wajar diwarisi generasi akan datang.

No comments:

Blog Archive