Thursday, November 15, 2018

MAKSUD SABAH UBAH BAGI SHAFIE

Maksud Sabah Ubah bagi Datuk Shafie Apdal adalah bagai mana meneroka hutan kekal Sabah. 

Menerusi Bajet 2019, Bajet sulung Parti Warisan pimpinan Shafie, faktor yang menggambarkan Sabah Ubah adalah bakal diterjahnya kawasan paru-paru Borneo, Danum Valley, Maliau Basin dan Lembah Canyon.

Tiada kerajaan Sabah sejak merdeka berani menyentuh atau menjarah kawasan itu, akan tetapi Kerajaan Parti Warisan Sabah pimpinan Shafie secara terang-terangan berselindung dalam Bajet mahu meneroka kawasan hutan kekal tersebut.

Syaogianya, jika Shafie mahu menambah hasil bagi maksud pembangunan Sabah, bukan menerusi penebangan balak, akan tetapi menerusi hasil negeri yang nyata dalam Perlembagaan Malaysia atau MA63.

Seperti kata ADUN Karanaan- dalam ucapan beliau pada Selasa, bahawa masa ini adalah peluang keemasan bagi Sabah menunut sebahagian daripada RM30bilion bayaran khas Petronas kepada Kerajaan Persekutuan, atas sebab separuh hasil Petronas diperolehi daripada wilayah Sabah.

Demikian juga berkaitan 40% net revenue hasil kutipan cukai daripada Persekutuan, menunjukkan jumlah yang besar, iaitu RM5bilion.

Kaedah menebang hutan, selain membawa kepada kerosakan alam sekitar, akan tetapi khzanah itu bakal tidak dapat diwarisi generasi akan datang.

Tahun 2007, apabila Kerajaan Dahulu menjadikan 240,000 hektar kawasan hutan kekal Malua, Segama dan Kelumpang, telah mengakibatkan negeri kehilangan perolehan RM1bilion setahun, namun kehilangan perolehan itu disuplemen daripada resit perolehan daripada sektor pelancongan.

Jika Kerajaan Warisan Sabah meneruskan penebangan hutan kekal, maka hasil jangka pendek bakal diperolehi, namun mempunyai kesan jangka panjang.

Tiada jaminan hasil Sabah meningkat menerusi penebangan hutan, kerana kaedah itu adalah cara kerajaan sebelum tahun 2002 mendapat hasil, namun bukti nyata, hutan kekal hampir musnah, namun Sabah tidak juga maju, malah dipenuhi dengan rakyat yang miskin, pembangunan infrastruktur yang daif. Ironinya, yang untung dan kaya adalah tauke-tauke balak.

Semasa Sabah giat menebang hutan, tidak pernah membentangkan Bajet lebih RM3bilion, namun selepas balak bukan sumber hasil utama negeri, secara konsisten bajet negeri di atas RM3bilion, malah kini senatiasa di atas RM4bilion.

Kepada Shafie, jangan tunjukkan kepada rakyat Sabah, maksud Sabah Ubah itu, adalah menebang Kayu Balak.

No comments:

Blog Archive