Wednesday, November 14, 2018

BAJET 2019 SABAH: SHAFIE CADANG TEBANG BALAK

Lebih sedekad Kerajaan Sabah yang diterajui Tan Sri Musa Aman menjaga hutan lestari bagaikan menatang minyak yang penuh, malah Kerajaan lalu telah menetapkan pada tahun 2025, 30% land mass Sabah diselimuti hutan, memastikan 30peratus kawasan hutan kekal (total protected area), kini khazanah Sabah itu bakal hilang, kerana cadangan Datuk Shafie Apdal membalak kawasan-kawasan itu kononnya untuk pembangunan.

Apa yang ironinya, dalam Bajet Sabah tahun 2019, tidak ditonjolkan peningkatan perolehan daripada kayu balak, mengapa demikian? 

Adalah lojik, jika penerokaan hutan dara dilakukan, maka sudah tentu perolehan daripada royalti balak akan ketara sekali, tetapi ini tidak terkandung dalam Bajet Sabah tahun 2019 yang mengganggarkan hasil sebanyak RM4.27bilion. Komponen terbesar daripada perolehan itu adalah royalti minyak daripada Petronas, sebesar RM1.6bilion atau 37.5% daripada jumlah keseluruhan.

Tahun 2007, apabila Kerajaan lalu menukar 240,000 hektar kawasan hutan yang boleh dibalak kepada status dilarang membalak, kerajaan kehilangan hasil cukai sebanyak RM1bilion. Seharusnya, hasil RM1bilion itu ditunjukkan menerusi Bajet 2019.

Penulis tidak faham mengapa Shafie mengambil jalan menebang hutan, sedangkan cara ini telah dibuang jauh-jauh oleh Kerajaan lalu, atas sebab, hutan Sabah hampir musnah, akan tetapi pembangunan dan kemajuan Sabah tidak juga bergerak ke depan, malah menjadi negeri termiskin di Negara ini.

Tahun 2009, Kerajaan Negeri masih mewarisi 19.7% kadar kemiskinan, sebelum kadar itu menurun ke paras 2.9% tahun 2016, menerusi pengurangan mendadak penebangan hutan.

Strategi serampang dua mata Shafie- meneroka hutan untuk tujuan konservasi dan pembangunan, adalah satu cara menghalalkan cara menebang hutan dara, kerana manusia sebenarnya hanya satu pilihan, meneroka hutan menerusi penebangan hutan untuk pembangunan atau langsung tidak mengusik hutan untuk tujuan konservasi.

Selepas ini, kita akan nampak lori-lori balak seperti pada gambar berkeliaran di kawasan-kawasan TPA seperti Maliau Basin, Danum Valley dan Lembah Canyon.

Ingat lah kerakusan menjahanamkan kawasan hutan, akan membawa malapetaka kepada Sabah suatu hari nanti.

No comments:

Blog Archive