Saturday, October 20, 2018

TIADA SEBAB DATUK ZAHID LETAK JAWATAN

Memang betul Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa dengan 45 pertuduhan- 27 membabitkan pengubahan wang haram, 10 pecah amanah dan 8 menerima sogokan, namun tuduhan itu tidak semestinya betul atau boleh dibuktikan oleh mahkamah sebagai benar.

Memang tradisi Umno semasa menjadi tonggak kerajaan, setiap pemimpin yang dihadapkan ke mahkamah perlu bercuti, melepaskan jawatan, namun sekarang Umno bukan lagi kerajaan, dan seterusnya pendakwaan dilakukan oleh Kerajaan hari ini.

Tuduhan terhadap Presiden Umno itu bersifat tuduhan politik dan balas dendam. Selain itu usaha memalukan beliau dan Umno.

Bagi kerajaan hari ini, Umno dianggap sebagai parti yang dapat mencabar kedudukan mereka, bukan sahaja parti yang mempunyai pengalaman, akan tetapi parti yang masih mempunyai ramai penyokong.

Kekalahan Umno pada PRU-14 bukan kerana rakyat menolak sepenuhnya parti itu, akan tetapi pengundi benar-benar terpancing dengan janji-janji Pakatan Harapan. Pengundi sebagai manusia biasa, mustahil tidak terpengaruh dengan janji-janji manis yang menyebabkan mereka mendapat manafaat, seperti mana janji pemansuhan bayaran tol,menaikkan gaji minima ke RM1,500, menurunkan harga minyak petrol, mencipta 1juta pekerjaan, pemansuhan bayaran PTPTN, pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti, penghapusan hutang peneroka felda, menambah bantuan sara hidup kepada nelayan, penoreh dan pesawah.

Namun, kini, semua janji-janji itu tidak ditunaikan, malah Tun Dr Mahathir berkata, semasa merangka janji-janji itu, mereka tidak terfikir akan menang, sebab itu mereka suka-suka membuat i.

Kerana kekuatan Umno yang melibatkan 4 peringkat kepimpinan parti, dan seterusnya mempergunakan jalinan itu untuk memberi tahu akar umbi, maka kerjaan yang diterajui Tun Dr Mahathir, membuat tindakan memporak perandakan pucuk pimpinan parti, dengan harapan parti Umno akan lemah, kerana menurut kiprah ikan yang membusuk bermula daripada kepala.

Pakatan Harapan mengambil model pendekatan sebelum PRU-14, dengan menumpukan serangan kepada Datuk Seri Najib Razak, bagi membangkit kebencian rakyat.

Kini, menerusi penangkapan para pemimpin Umno dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah, supaya penyokong dan ahli parti lemah semangat, benci, dan seterusnya meninggalkan parti.

Jika dalam kes Zahid, beliau meletakkan jawatan, maka usaha Kerajaan PH telah berjaya, maka dengan itu, tindakan seterusnya dilakukan pada setiap pemimpin Umno, kerana kata orang bagai mana pun membersihkan lubung tahi, kalau dikorek hingga ke dalam jari tetap akan ber bau tahi. Jika itu berlaku, maka setiap 2-3 bulan Umno akan berganti Presiden, sehingga lah parti terpaksa dibubarkan kerana parti terus menjadi lemah.

3 comments:

Puaka Rimba said...

Kami tolak Umno kerana Pemimpinnya KORUP. He

Unknown said...

Org suruh bercuti sampai kes selesai utk menjaga kepentingan umno faham

bunbinban said...

ye la ye la. Zahid mangsa politik. Sama gak yg kena belasah dek zahid sampai remuk muka tu, mangsa politik gak tu. Xpe, zahid leh jawwb kat mahkamah nnt, dari mana duit tu dtg. Apa susah, kalau dia x salah. Nampak gayanya, kat malaysia ni, ahli politik semua maksum, kebal dari undang2 kerana jika di dakwa di mahkamah maka ayat mangsa politik jadi alasan. Hanya di malaysia. Kahkahkah. Untung jadi ahli politik bila di lindungi oleh frasa 'mangsa politik'...kahkahkah...baik pembangkang maupun pemerintah...hah! tepuk tepuk...kahkahkah

Blog Archive