Sunday, October 21, 2018

SAMPAI BILA AHLI UMNO PERTAHAN PEMIMPIN?

Selepas sahaja PRU-13, isu 1MDB muncul. 4 tahun pemimpin dan ahli Umno mempertahankan pemimpin. Malah pemimpin yang cuba "break the rank" dipecat dan digantung. Pun demikian, Umno kehilangan kuasa pada PRU-14.

Mereka yang mempertahankan pemimpin yang menjadi calon pada PRU itu, turut sama hanyut.

Kini, ahli/pemimpin Umno masuk ke espisod ke-2 mempertahankan pemimpin, apabila Presiden sudah dihadapkan ke mahkamah dengan 45 pertuduhan.

Seperti isu 1MDB hampir sepanggal pemimpin/ahli parti mempertahankan pemimpin, malah 'fatwa" telah dikeluarkan, "Presiden parti adalah institusi" maka perlu dipertahankan oleh segenap ahli parti.

Keadaan sebenarnya, berasaskan kepada senario politik semasa, apa pun tindakan 3juta ahli parti, tidak mampu menarik atau mempengaruhi 12 juta pengundi, kerana lebih 50% pengundi telah memberi 'cap" kepada Umno sebagai sebuah parti yang telah bobrok.

Ambil contoh pada beberapa PRK selepas PRU-14,kecuali PRK Port Dickson kerana Umno menggunakan perkataan "boikot" maka tidak menyokong mana-mana pihak; memang benar ada pertambahan pengundi terhadap calon Umno, tetapi pertambahan itu tidak cukup untuk mencapai kemenangan.

Berasaskan kepada senario politik semasa, dan kencederungan pengundi, apa kah ahli/pemimpin Umno terus mempertahankan Presiden termasuk meneruskan jawatan, atau sebaliknya, sebenarnya belum lagi signifikan.

Umno bukan lagi pilihan rakyat majoriti, hakikat itu lah kena diterima oleh ahli/pemimpin. 

Kalau lah dinilai daripada persepsi rakyat masa ini, nampaknya Umno memerlukan masa yang lebih panjang untuk diterima semula oleh rakyat.

Umno akan mengikuti parti Golkar Indonesia, selepas kehilangan kuasa pada tahun 1998, telah 20 tahun belum lagi mendapat kepercayaan rakyat Indonesia.

Hakikat yang perlu diterima parti, bahawa para pemimpin parti buntu, snok tanjung, kerana tiada alternatif yang perlu diberikan kepada rakyat, mengapa parti itu perlu berkuasa semula.

Selama kehilangan kuasa, para pemimpin Umno berlegar-legar dengan isu- Pakatan Harapan tidak tunai janji, PH menipu rakyat; jika itu isunya, sekiranya PH menunaikan semua janji, agak-agaknya apa isu UMNO LAGI?

Rakyat negara ini sebenarnya mahu melihat sosok tubuh pemimpin, sebab itu Tun Dr Mahathir masih mereka sokong, walaupun pada usia senja.

Umno hanya berlegar-legar pada kandang sendiri, mendabik dada pada kolam sendiri, namun tiada keupayaan menyerang kadang lawan. Pendek kata, Umno sebenarnya ketiadaan pemimpin.

No comments:

Blog Archive