Monday, October 22, 2018

KEMELUT KETUA MENTERI SABAH: BUKAN 26 TETAPI 25 OKTOBER- 3 HARI LAGI

Apa pun hari yang ditetapkan mahkamah bagi membuat keputusan siapa Ketua Menteri sah Sabah berdasarkan Perlembagaan Negeri, bukan lah mustahak pada keadaan sekarang, kerana isu itu telah tertangguh hampir 5 bulan.

Sepatutnya, Mahkamah telah lama membuat keputusan, kerana kes yang bersifat "straight forward".

Tan Sri Musa Aman bersama kabinet beliau angkat sumpah pada malam 10 Mei, kerana ada 31 ADUN daripada 60.

Kemudian, Musa bersama kabinet beliau tiada yang letak jawatan semasa TYT Sabah melantik Ketua Menteri ke-2 pada malam 12 Mei, 2018.

Peralantikan pertama, mengikut protokol Istana. Angkat sumpah disaksikan oleh pihak-pihak yang perlu menjadi saksi.

Tiada beza antara perlantikan yang pertama dan kedua, individu yang sama terlibat, yang membezakan hanya jam dan tarikh.

3 hari lagi, akan menentukan apa kah Perlembagaan Negeri Sabah tergunapakai.

No comments:

Blog Archive