Tuesday, October 09, 2018

DUA KETUA MENTERI SABAH: SELEPAS 26 OKTOBER- APA PERCATURAN BAKAL BERLAKU?

Dalam keadaan sekarang, ADUN Sabah mempunyai komposisi 21 kerusi Warisan + 3 Ex-Umno, 6 DAP, 2 PKR+2-Ex Umno, 4 UPKO , 10 Umno, 6 PBS. 1PBRS, 1 Ex-UPKO, 2 STAR dan 1 bebas.

38 ADUN berpihak kepada Datuk Shafie Apdal, manakala 21 kepada Tan Sri Musa Aman.

Apa percaturan bakal berlaku jika pada 26 Oktober, 2018 Tan Sri Musa Aman diputusakan sebagai Ketua Menteri Sabah?

Berasaskan jumlah ADUN yang berpihak kepada beliau pada masa ini hanya 21, maka beliau memerlukan 10 ADUN tambahan bagi mencapai majoriti mudah meneruskan kerajaan Sabah yang dibentuk pada 10 Mei. 

Akan berlaku kah "cross-over"? atau kah para mantan ADUN Umno, UPKO akan kembali bertaut?

Para mantan ADUN Umno dan UPKO, hanya ADUN Sebatik dan Kedamaian mempunyai jawatan dalam kerajaan sementara Shafie, manakala yang lain, hanya ADUN biasa atau menjadi penyokong.

Politik Sabah, penuh dengan serba kemungkinan dan kejutan-kejuatan luar biasa.

Berasaskan sumber yang boleh dipercaya, jika pada 26 Oktober, mahkamah mengesahkan perlantikan Tan Sri Musa, sekurang-kurangnya 11 ADUN akan cross-over. Siapa kah mereka itu? Sama-sama kita tunggu.

1 comment:

Anonymous said...

Kompom salah seekor katak tu ialah Osman Jamal

Blog Archive