Wednesday, October 03, 2018

BEBERAPA KENYATAAN TUN DR MAHATHIR- BUAT ANDA TERCENGANG!!!

Tun M di London
Bukan saya penjarakan Anwar- Mahkamah yang penjarakan. Sehubungan itu, saya tidak perlu minta maaf. Saya tidak pernah minta maaf pada Anwar. Menerusi kenyataan ini, maka Sodomi I kekal.

Dalam siri lawatan saya ke Amerika dan UK ramai berjanji akan melabur di Malaysia, namun pada masa sama memberi tahu dunia, Malaysia bakal muflis, kerana mempunyai banyak hutang RM1trilion. Lojiknya, ada pelabur kah mahu melabur pada negara yang bakal muflis???

Kami akan tunjukkan pada dunia, bahawa Malaysia sudah pulih, sedangkan beberapa jam sebelumnya membuat kenyataan Malaysia bakal bangkrup.

Berkaitan Janji... janji tinggal janji... Penulis rasa, pelabur yang berjanji itu dalam hati... padan muka, kamu adalah kerajaan yang ingkar janji. Pada rakyat sendiri pun ingkar janji, apa tah lagi dengan rakyat asing.

Nota hanya satu ingatan: Seingat penulis, kali ini, berlakunya lawatan-lawatan seorang Perdana Malaysia ke laur negara tidak membawa sebarang pelaburan atau paling sedikit MOU. Lawatan ke China= kosong, lawatan dua kali ke Jepun =kosong, lawatan ke Brunei=kosong, lawatan ke Amerika=kosong, malah gagal jumpa Presiden Amerika, lawatan ke UK dua pusingan=kosong.

Apa yang paling pelik, lawatan ke New York disertai oleh orang-orang yang tiada kena mengenakan dengan negara.

Berasaskan kepada kecelaruan pemerintahan negara sekarang ini, sepatutnya keadaan ini sepatutnya rakyat bangkit untuk selamatkan negara.

No comments:

Blog Archive