Friday, October 26, 2018

APA KAH DUN SABAH DIBUBAR SEBELUM 7-11?

Penulis tidak mengulas seksyen atau atikel Perlembagaan Negeri Sabah yang digunapakai oleh para peguam plaintiff dan dependen semasa berhujah lisan berkaitan saman Tan Sri Musa Aman yang meminta mahkamah mengistiharkan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah, kerana ianya merupakan argumen masing-masing berkaitan tafsiran Perlembagaan Negeri. 

Dalam masa sekarang, tiada ulasan atau pendapat yang boleh mengubah presentasi itu, kerana semuanya di tangan hakim yang akan membuat keputusan pada 7 November, 2018 (7-11).

Namun, jika menganalisa, keterkaitan antara hujah-hujah peguam plaintiff dan dependen, nampaknya, peguam dependen, menggunapakai, pendekatan "after thought", menggunapakai "budibicara", menggunapakai "anggapan" berkaitan kandungan Perlembagaan Negeri Sabah.

Sebagai misalan, apabila TYT menganggap bahawa Tan Sri Musa Aman meletakkan jawatan pada 12 Mei, 2018 semasa beliau melantik Datuk Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri, sedangkan pada tarkih itu di sebelah petang, Musa dan kabinet beliau telah mengadakan mesyuarat Kabinet Pertama, dan selepas itu kira-kira 4 jam sebelum perlantikan Shafie, Musa telah mengeluarkan kenyataan akhbar, bahawa beliau masih Ketua Menteri, kerana beliau tidak meletakkan jawatan, demikian juga anggota kabinet beliau tiada yang meletakkan jawatan.

Dalam tempoh antara 11.15 malam, 10 Mei, 2018 dan 9.15 malam, 12 Mei, 2018, Musa tidak diberi bayangan oleh TYT Sabah berkaitan tindakan 6 ADUN Katak yang dikatakan membuat surat sumpah menarik sokongan terhadap beliau. Jika Musa diberi bayangan itu, beliau boleh menasihatkan TYT untuk membubar Dun, atau mengadakan sidang DUN Sabah untuk mengetahui sokongan terhadap beliau.

Musa semacam diperangakap dengan tindakan "budibicara' "anggapan' "after thought" apabila TYT tergesa-gesa membuat surat pemberi tahuan, yang bertarikh 12 Mei, 2018 yang mengandungi butiran untuk meminta Musa meletakkan jawatan, surat itu hanya dapat diserahkan pada 14 Mei, 2018.

TYT dengan jelas tahu, 4 jam sebelum perlantikan Shafie, Musa masih berada di Kediaman Rasmi Ketua Menteri- Sri Gaya, namun dalam interval masa itu, belum timbul surat pemberitahuan tersebut.

Tidak pasti apa kah situasi ini terkandung dalam hujah bertulis peguam Tan Sri Musa, jika ianya sebahagian daripada hujah itu, maka sangat membantu hakim dalam membuat keputusan.

Bagi penulis, tidak dapat membuat kesimpulan apa yang terkandung dalam fikiran hakim, namun melihat cara peguam dependen menepis hujah plaintiff, teragak-agak dan bersandar kepada "after thought" "anggapan" apa tah lagi menyamakan dengan kasus DUN Perak pada tahun 2009. Kasus Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah telah memberi peluang seluas-luasnya kepada semua ADUN daripada dua belah pihak, selain kepada MB masa itu Nizar Jamaluddin. 

Nampak gayanya, melihat kepada hujah-hujah dependen yang berbelit-belit dan berulang-ulang, tidak tersusun, tidak menyambung, menunjukkan tindakan menegakan benang basah. Apa kah senario itu akan mempengaruhi Shafie membubarkan DUN sebelum 7-11? Sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive