Tuesday, October 30, 2018

7-11 LAPAN HARI LAGI

Apa kah keputusan Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu pada 7-11 siapa Ketua Menteri Sabah akan melalui proses rayuan menerusi mahkamah Rayuan? dan kemudiannya berlarutan sehingga ke Mahkamah Persekutuan? sebagai mana isu antara Zambry Abdul Kadir Vs Nizar Jamaluddin di Perak pada tahun 2009?

Semasa penentuan Menteri Besar perak pada tahun 2009, round pertama, melalui Mahkamah Tinggi, Nizar diistiharkan sebagai Menteri Besar yang sah. Nizar sebenarnya adalah MB Pakatan Rakyat (DAP-PKR-PAS) selepas PRU-2008, apabila disokong 31 Adun daripada 59, kemudiannya pada Februari 2009, 3 ADUN (2 PKR dan 1 DAP) mengistiharkan kedudukan mereka sebagai ADUN bebas Pro Bn. Berasaskan senario ini, Sultan Perak masa itu, telah memanggil semua 59 ADUN menghadap di Istana Kinta, Perak. Almarhum Sultan Perak telah menemubual semua ADUN baik yang pro Zambry mahupun yang pro Nizar. Menerusi temubual itu, baginda berpuas hati, bahawa Zambry disokong 31 ADUN, atas sebab itu, baginda melantik Zambry sebagai MB baru. 

Dalam isu Perak, undang-undang tubuh Negeri Perak, tiada "provision" usul tidak percaya menerusi Sidang Dun, manakala Perlembagaan Sabah pula, ada provision itu. Selain itu, menerusi Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, maksud majoriti adalah lebih separuh daripada jumlah kerusi DUN, manakala Perlembangan Negeri Sabah pula bukan demikian, melainkan di antara parti yang berdaftar dengan ROS, parti yang mempunyai terbanyak kerusi itulah takrifan "majoriti". Sebab itu semasa peguam plaintiff dalam kes saman TSMA vs TYT Sabah dan DSSA, S Vanugopal berhujah, meskipun 6 ADUN Bn berpaling tadah, namun Bn masih mempunyai 23 ADUN berbanding parti yang terdekat Parti Warisan Sabah (PWS)-21 kerusi.

Saman TSMA adalah "pure" berkaitan tafsiran Perlembagaan Negeri, bukannya kerana beliau bakal kehilangan kuasa. Tanpa memberi tafsiran sebenar berkaitan Perlembagaan Negeri, maka ianya akan terus diperkosa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ini lah kali ke-3 sejak tahun 1985, Perlembagaan Negeri diperkosa, Dan ini lah kali Pertama satu permohonan di Mahkamah untuk penafsiran Perlembagaan Negeri.

No comments:

Blog Archive