Wednesday, July 27, 2016

Benarkah Tun Dr Mahathir Menang Perang Saraf?

Tidak dinafikan, bahawa kumpulan Anti Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohammad, sebenarnya menang perang saraf menggunakan 1MDB sehinggakan syarikat itu menjadi kemelut dan  kemudiannya  kemelut itu dipalitkan kepada Perdana Menteri.

Lebih 3 tahun lalu, jarang sekali rakyat yang mengetahui berkaitan 1MDB, walaupun masa itu, Dato Seri Anwar Ibrahim pernah bercakap mengenainya di Dewan Rakyat.

Tiga tahun lalu, tiada yang kenal siapa Jho Low, siapa Reza Aziz dan dua individu daripada Petrosaudi, termasuk seorang warga Swiss yang bernama Xavier Andre Justo.

Tiga tahun lalu, tiada ura-ura, bahawa Tan Sri Muhiyiddin Yassin atau Datuk Shafie Afdal, bercakap berkaitan 1MDB. 

Pada PRU-13 yang diadakan pada mei tahun 2013, isu 1MDB tidakpun menjadi bahan kempen pembangkang, ertinya, 1MDB pada masa itu belum lagi menjadi faktor yang boleh dijadikan sebagai pemancing undi atau sokongan.

Namun, apabila Tun Dr Mahathir pada Disember 2014, mengambil 1MDB sebagai maskot untuk mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan, maka makin rancaklah cerita berkaitan dengan syarikat itu. 

Laporan bertali arus Sarawak Reports, portal-portal pembangkang tempatan, serta media antarabangsa seperti The Wall Street Journal, New York Times, maka semakin banyak cerita berkaitan dengan syarikat itu. Penangkapan warga Swiss di Thailand, Xavier Andre Justo yang dikaitkan dengan syarikat itu, memperancak lagi, keinginan tahuan rakyat negara ini berkaitan dengan syarikat gergasi itu.

Tulisan-tulisan berkala Tun Dr Mahathir melalui blog beliau www.chedet.cc dengan berbagai dakwaan, termasuk kehilangan wang RM42 bilion yang dipinjam syarikat itu daripada berbagai pihak, menarik perhatian rakyat negara ini. 

Isu 1MDB semakin diminati, apabila berlaku pendedahan USD681milion wang didapati dimasukan ke akaun pribadi Perdana Menteri di AmBank menjelang PRU-13, kemudiannya wang itu diakui sendiri oleh Perdana Menteri sebagai sumbangan daripada Timur Tengah.

Sebelum penedahan berkaitan sumbangan itu, memang Sarawak Reports, telah mendakwa, bahawa wang mendekati jumlah itu dipindahkan daripada akaun 1MDB kepada satu akaun di Swiss, Gold Star, dan mendakwa bahawa akaun itu kepunyaan Jho Low. Jho Low adalah kenalan keluarga DS Najib Razak, kerana “jutawan” itu kawan baik Reza Aziz, anak tiri Perdana Menteri.

Ekoran-ekoran tulisan-tulisan Tun Dr Mahathir di blog beliau berkaitan 1MDB, Datuk Salleh Tun Said, di mana masa itu sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, mula membela DS Najib Razak dan 1MDB melalui blog beliau www.sskeruak.blogspot.com.

Pada satu perjumpaan di Kota Belud tahun 2015, di situlah Perdana Menteri mengumumkan, bagaimana beliau teruja dengan sokongan Salleh khususnya tulisan-tulisan Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu melalui blog. Melalui isyarat itu, ramai penganalis politik tempatan, khususnya daripada Kota Belud, sudah dapat mencium, bahawa Salleh akan di bawah masuk ke dalam kabinet Persekutuan. Benarlah juga, kurang daripada dua bulan, semasa rombakan kabinet pada julai 2015, Salleh dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Seingat penulis, sejak timbulnya isu 1MDB, hanya dua pemimpin yang kerap sekali membela 1MDB dan DS Najib Razak. Dua pemimpin itu, adalah Salleh dan Dato Rahman Dahalan. Dua pemimpin ini, memperuntukan masa untuk mengemukakan berbagai argumentasi, penjelasan, malah data yang berkaitan dengan syarikat gergasi itu. Walaupun dua pemimpin itu, kerap menangkis berbagai dakwaan berkaitan dengan syarikat itu, antara lain, bagaimana Rahman menyanggah kenyataan anggota kabinet khususnya Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Shafie Afdal yang berpura-pura tidak faham berkaitan dengan perjalanan syarikat tersebut. Para pemimpin lain, bersifat tunggu dan lihat, kerana dibenak masing-masing telah tertanam, bahawa dakwaan-dakwaan Sarawak Reports yang dibantu portal-portal pembangkang dan media luar negara, hanya berupa dakwaan semata-mata, dan cara itu, memang cara pembangkang untuk memalitkan isu-isu rekaan kepada kerajaan.

Pada awal tahun 2015, dengan pertimbangan berasaskan berbagai dakwaan berkaitan 1MDB, maka DS Najib Razak memutuskan, agar Ketua Audit Negara memeriksa syarikat tersebut. Ekoran keputusan itu, maka Peguam Negara masa itu ikut mengumumkan penubuhan Pasukan Khas yang melibatkan Bank Negara, PDRM, SPRM dan Pejabat Peguam Negara sebagai pusat urus setia menyiasat 1MDB. Rentetan itu juga jawatankuasa kira-kira Parlimen (PAC) juga turut sama menyiasat.

Umum mengetahui, selepas sahaja pasukan khas dibentuk, maka tidak semana-mana didedahkan kemasukan USD681milion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank. Selain itu, didedahkan juga sejumlah wang SRC International (syarikat milik Kementerian kewangan yang diperbadankan) telah dimasukkan ke akaun Perdana Menteri. Umum mengetahui, para pengurus/individu yang mempunyai jawatan penting dalam SRC International, sehingga kini, missing In Action (MIA). 

Berjalanlah siasatan. SPRM mengesahkan, bahawa USD681milion memang derma daripada Timur Tengah. PAC Parlimen mengesahkan tiada salah laku berlaku pada 1MDB. Ketua Audit Negara membuat laporan, tiada wang 1MDB yang hilang. Peguam Negara yang baru, mengesahkan, DS Najib Razak tidak melakukan apa-apa salah guna kuasa. Siasatan terhadap 1MDB dihentikan. Titik.

Anti Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir serta dibantu pembangkang, dan seperti biasa media asing, dan tentunya Sarawak Reports, terus mengulang-ulang dakwaan mereka, sehinggalah pada 20 julai, apabila DOJ Amerika, melalui Peguam Negara, negara itu Loretta E Lynch, mengulangi seluruh dakwaan daripada kumpulan anti Najib. DOJ mengulangi, semacam “copy n paste” laporan-laporan Sarawak Reports. tulisan-tulisan Tun Dr Mahathir, serta tulisan-tulisan The Wall Street Journal (WSJ).

DOJ Amerika, mendakwa USD1bilion wang 1MDB dicuri oleh empat individu, salah seorang adalah anak tiri DS Najib Razak-Reza Aziz, seorang lagi “jutawan” daripada Pulau Pinang Jho Low, kawan rapat Reza dan dua rakyat arab. Dakwaan DOJ, bahawa wang USD1bilion digunakan selain membeli harta seperti rumah-rumah agam, jet, lukisan-lukisan mahal, malah sebahagian wang digunakan berjudi di kasino Las Vegas selain menerbitkan filem boxoffice “The Wolf Of Wall Street”.

Susulan itu, DOJ mencadangkan menyita semua harta yang disenaraikan, membekukan akaun-akaun yang berkaitan dengan para individu itu. Tindakan DOJ itu disambut oleh negara Singapura, apabila membekukan sejumlah wang kononnya dikaitkan dengan Jho Low.

Kini, melalui tindakan DOJ Amerika itu, mereka yang memang awal-awal lagi mahu DS Najib Razak digulingkan, membuat kesimpulan, bahawa panggilan “Malaysian Offcial 1” merujuk kepada DS Najib Razak. Memang, DOJ tidak secara langsung menyebut DS Najib Razak dalam laporan 136 muka surat itu, namun mereka memberi naratif seperti skrip yang dikemukakan oleh kumpulan anti najib, seolah-olah MO1, adalah DS Najib Razak.

Kumpulan anti najib, sudah bertindak sebagai penyiasat, hakim, pendakwa sekaligus, atas sebab itu, mereka mahu memaksa rakyat untuk bersetuju dengan mereka, bahawa DS Najib memang didapati bersalah. Tindakan mereka itu, tidak sama apabila Ketua Menteri Pulau Pinang- Lim Guan Eng yang nyata telah dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan rasuah, namun mereka, menganggapnya sebagai tindakan politik, dan Guan Eng tidak bersalahpun.

Kini, meskipun majoriti rakyat tidak terpengaruh dengan isu 1MDB, setidak-tidaknya ramai sudah turut bercakap mengenainya. Di laman-laman sosial, di majlis-majlis, termasuk di kampung-kampung, ramai sudah bercakap berkenaan dengan 1MDB, khususnya wang USD681milion atau RM2.6bilion. Berasaskan kepada keadaan itu, sebenarnya Tun Dr Mahathir menang perang saraf, walaupun kalah dalam pertarungan.

10 comments:

Anonymous said...

menang amendernya
makin meroyan ada la
mamaq terus kecewa dan
akan mampos terbeliak mata

Anonymous said...

cian cai najis....Tun suruh berenti dari dulu lagi sebelum pekung terbukak...terhegeh hegeh mcm penagih nak jugak jadi PM..sama perangai macam DSAI.

skang lepas satu demi satu terbukak...mata sapa yg sebenarnya terbeliak??!!

mintak ko punya Najis teruskan pegang PM dan teruskan agenda setan beliau....dgn demikian bertambahlah Murka dari Allah SWT....dan kami menjadi saksi dan akan merekodkan semua video2 apabila datang musibah dan azab besar pada PEMUNGKAR seperti najis, kuncu2 dan dedakian beliau...dgn itu boleh kami paparkan pada anak-cucu betapa dasyat & bahayanya seorg pemimpin yg ZALIM, PENDUSTA, PENYAMUN, PERASUAH serta penuh dgn TIPU DAYA!

Anonymous said...

CUBA RENUNGKAN.. BETAPA KOTORNYA GERAKAN KHIANAT MAHATHIR LAKNATULLAH ini!! DIA LAH BAPAK LANUN 22 TAHUN +++

Spin yang dibuat oleh pembangkang dan portal seperti Anti Najib Campaign (ANC) malaysiakini serta yang bersama dengan pembangkang mengenai saman Doj didedahkan.semuanya seperti di bawah

1.harta 1mdb disita ( sebenarnya 1MDB tiada Aset di US)

2.Datuk Seri Najib curi wang 1mdb beli harta ( nama Datuk Seri Najib Tiada dalam saman DOJ)

3.Jho low & 3 orang lg curi duit 1mdb beli harta ( 1mdb maintain tiada duit yang hilang)

4. Duit 1mdb hilang 1bil ( yang mengadu hilang duit ialah IPIC abu dabi yang ada urusan dengan 1mdb melalui anak syktnya Abrar,kenapa DOJ tak kaitkan Abrar ??? )

5. Harta2 Jho low & lain2 telah dirampas ( baru nak siasat,macam mana nak rampas ???)

6. Duit 1mdb dibuat bayar hutang judi & dana filem anak tiri Datuk Seri Najib ( ini bukan dakwaan Doj,tapi tuduhan daripada pengadu-pengadu ANC pada Amerika )

7. Datuk Seri najib perlu letak jawatan ( Datuk Seri Najib tak disaman/dakwa apa-apa pun,tak seperti lim guan eng )

8. Amerika & kuasa asing perlu masuk campur turunkan PM ( hanya org bodoh & tak sayangkan negara yang setuju cadangan bodoh Tun Mahathir )

Semua spin & fitnah2 ini telah dirancang untuk :

1. Beri pesepsi yang buruk pada kerajaan,Datuk Seri Najib & UMNO.

2. Jemputan secara rasmi untuk campurtangan dalam politik malaysia.

3. Mencari alasan untuk membuat demonstrasi jalanan.maria chin abdullah dah comfirm Bersih 5 dilakukan krn sesuai masanya

4. Mengalih pandangan kes rasuah guan eng & kekalahan strategi-strtegi kotor Tun Mahathir yang lalu utk jatuhkan PM yg dipilih secara demokrasi.

5. Cuba menarik sokongan org melayu yang tak fhm/keliru isu 1mdb yg diputarbelitkan oleh mereka yang tak setia pada negara.

ANDA DAH FAHAM ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Anonymous said...

DOJ ni pun bangang macam Sarawak repot dan wsj. Agaknya dah kena dedak geng ANC kot. Cheh kotor punya geng. Kata orang tapi dia yg lebih.

Anonymous said...

Salah ke tak .... Ah Jib Gor tetap Ah Jib Gor.

Anonymous said...

apapun plan action sudah berada lebih drp separuh,
semua rakyat percaya bahawa ini adalah penyelewangan
dgn huraian drp ajensi kuasa besar yg memberi statement
kita yg kerdil bila yang lebih berkuasa didunia bercakap
senada dgn cerita2 yg didendangkan beratus kali dimedia tempatan
menjadikan satu pengesahan bahawa cerita selama ini adalah benar dan betul belaka

tanpa ragu2 kita 100 percent menjatuhkan hukuman tanpa mahkamah terhadap PM
mungkin kebencian meluap2 selama ini separuh telah terlampias
dgn sedikit kepuasan kita mencebik pada org yang kita benci dan penyokong2 mereka

mungkin sejarah DOJ us kita persetankan
hancurnya Iraq kita persetankan
akibat pengesahan DOJ tentang wujudnya WMD di Iraq
yg membolehkan US serang iraq
rakyat msia rasa tak perlu dan tak valid kita kaitkan
kes pembohongan DOJ us utk hancurkan rakyat Iraq

yang penting najib jatuh
yang rasa beriman sikit ckp
tak pa penting penyelewangan dihapuskan
yg pembenci ckp padan muka rosmah
yg pembangkang(kafir racist, liberalis) ckp cahaya kejayaan menumpaskan kjaan yg ditunjangi oleh melayu sudah hampir

akhirnya bergumbira dan berpestalah
hati2 yg penuh kebencian,yg nak tegakkan "kebenaran"
selepas ini semoga kebencian terhapus dimsia
tiada lagi sindiran, penghinaan,kepada sesama manusia
wpun yg dihina yang dibenci itu sesama Islam

cuma jgn lupa iblis selalu mencari peluang utk menghitamkan hati kita
jadi selepas ini semoga hati kita jadi bersih sebersihnya
Amiiin

Anonymous said...

dont worry.. masih ramai rakyat malaysia yang masih waras.
we fully support Najib and BN.
pengkhianat2 negara seperti DAP, Tun M , Muhydin akan terima balasan akibat perbuatan mereka ini ..InsyaAllah..

Anonymous said...

Masih Ada Chan:

Satu rekod yang tak boleh dipadam ialah parti keramat tidak pernah kecewa dalam PRU selepas bertukar nakhoda baru.

Semasa presiden parti berkenaan berdepan krisis keyakinan, dan bila Pak Lah menggantikannya, mereka menang dan makan besar.

Selain pembangkang tegar, Ex-presiden mungkin antara badan yang akan terlopong dan meroyan apabila parti keramat bertukar nakhoda sekali lagi.

Anonymous said...

gagal lagi rancangan mamaq kutty
hehe harapkan kadir jasin penjilat
sekoq tu mmg begini la akhirnya
http://www.malaysia-today.net/mahathirs-near-heart-attack-in-jakarta/

Anonymous said...

Ramai lagi rakyat Malaysia masih bijak menilai kes 1MDB. Tidak perlu menghukum selagi tidak dibuktikan di Mahkamah Malaysia bukan US. TDM hanya mahu DSN berundur sampai melalak hari2 macam2 strategi dibuatnya. Kita tak perlulah terikut tabur fitnah dan berdosa kering semata-mata. Nanti yang hancur adalah kedaulatan Malayu / Islam / Malaysia. Yang penting PAS & UMNO bersatulah walau berlainan parti demi kedaulatan Islam & ummah ... memang sudah berlaku di era DSN ... alhamdulillah. Kalau di era TDM jangan haraplah Islam boleh berbaik2. Kepada TDM bertaubatlah, muhasabah diri dan buat persediaan ke akhirat lebih baik. Gunakan masa yg berbaki beberapa bulan @ tahun ini mentelaah Al-Quran buat bekalan di alam barzakh & alam akhirat kelak. Soal politik yg cuba dikeroh kotorkan ini tak payah lah nak rosakkan lagi. Insyaallah...

Blog Archive