1. Telaan pertama AYT, apabila mendengar ucapan Timbalan Presiden Umno pada malam Isnin di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur . mantan Timbalan Perdana Menteri itu telah hilang fokus dan terkeluar daripada kenyataan beliau sebelum ini, bahawa hidup mati beliau dalam politik adalah melalui Umno.
2. Kenyataan beliau, melayu akan terus hidup di Malaysia tanpa Umno, dan Umno tidak akan hidup tanpa melayu, menggambarkan, bahawa beliau tiada lagi keyakinan terhadap parti melayu terbesar itu bagi memerintah negera bagi membela melayu/bumiputera dan kaum-kaum lain.Kenyataan itu, merupakan isyarat awal, bahawa kaum melayu/bumiputera tidak sepatutnya lagi menyokong Umno, sebaliknya parti alternatif melayu.
3. Keyakinan mantan TPM itu terhadap Umno sebagai tunjang kepada kerajaan nampak telah pudar, apabila mengutarakan penghadan tempoh bagi Presiden parti, sambil mencadangkan kepada dua penggal (6tahun), ertinya jawatan Perdana Menteri juga dihadkan kepada tempoh itu.
4. TSMY terlupa, bahawa Malaysia mengamalkan pemerintahan Westminster, bukannya ala presiden. Sistem Westminster, berperinsip, setiap parti yang ikut serta dalam pilihanraya, dan apabila parti itu mendapat kerusi yang mencukupi bagi menubuhkan kerajaan, maka presiden parti itulah yang dilantik sebagai Perdana Menteri. Beliau juga terlupa, bahawa seseorang Perdana Menteri mempunyai style sendiri untuk memerintah, dan polisi dan perancangan yang dicadangkan, hanya inplace sekurang-kurangnya memakan masa 5-10 tahun. Mantan TPM itu, lupa mengambilkira sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah, walaupun dalam gabungan parti yang sama, namun impaknya terhadap pembangunan Sabah tidak menyerlah, malah selama 9 tahun permulaan, keadaan kewangan Sabah hampir muflis.
5. Sejak Umno ditubuhkan pada Tahun 1946, sehingga parti itu diharamkan pada Tahun 1988, belum pernah ada kenyataan yang menghadkan tempoh masa Presiden parti.
6. Mendengar apa yang diucapkan oleh TSMY semalam, akar umbi Umno perlu mengambil iktibar, bahawa jiwa Timbalan Presiden itu, bukan lagi bersama parti, hanya kerana dua kejadian- Kehilangan jawatan TPM dan dihalang merasmikan persidangan sayap-sayap parti.
8 comments:
Masyukkkk....
Hilang fokus? Hilang hanya boleh berlaku jika kita ada sebelumnya, rasanya TMY tak pernah ada pun fokus. It happened before during Pak Lah.
This blog is pro najib haha....irrelevant article published...the sad thing is this blog article JADI BAHAN LAWAK rakyat marhaen je...hmmmmm pity u...
Bernafsu besar juga tsmy ni. Kalau tak takkan beliau terus terusan berkempen. Atau ada dalang dalang yang mengapiapikanya. Takut dalang dalang tu datang dari in lawnya. Kita tauu siapa inlawnya. Faham faham ajelah keturunan itu. Tentu tak senang duduk tengok inlaw dah tak power macamana nak masuk daun. Ini kita kena hati hati. Keadaan lagi bahaya jika dia memegang kuasa.
Aku ni orang Melayu
ahli seumur hidup PAS
aku sayang Islam dan aku sayang juga bangsa aku dan negara aku
tapi aku tengok melayu dalam umno imi lebih sayang poket dan perut dari yang lainnya
aku bercita cita melihat semua orang Melayu dan Islam, tak kira umno atau PAS supaya dapat bersepakat dalam menghadapi pembangkang yang terdiri dari puak kafir kristien, buddha dan hindu dengan kerjasama munafik dan jahilliah melayu..
Kalau masih ramai yang buta perut macam peulis blog ini, aku kira umno akan lingkup dalam PRU akan datang, dan amat malang bila melayu Islam dalam PAS mendapat tempiasnya sama..
Ko tak tahu ker rakyat pengundi dah cukup cukup meluat dengan umno? menyampah sangat sangat ..
Suatu hari nanti..
TSMY akan jadi macam anwar juga..
Tak pun macam PAN..
Tak pun macam KuLi..
TSMY guna modal yg pernah digunakan oleh Anwar dan KuLi..
Baik duduk dlm UMNO diam-diam, sampai masa boleh naik pula,
ayat anda mcm sebelum PRU 13 wahai anon 8 December 2015 at 17:01,
Tapi BN menang juga.. hahaha.
PAS berpecah,
PAN bermasalah,
DAP bermasalah juga,
PKR ada badi juga..
UMNO ada masalah juga,
Projek internet masa TSMY jadi TPM... dapat kat YTL,
apa jadi.. internet slow tapi caj mahal.
UMNO berpecah kerana YTL..
Keh2...
Post a Comment