1. Musuh Umno, tidak akan sudi menerima pertautan para pemimpin Umno. Mereka ini faham dan tahu benar, apabila para pemimpin bertaut, maka Umno akan kembali kuat.
2. Bukti telah sama-sama kita lihat, apabila para pemimpin parti berpecah, maka parti menjadi lemah. Tahun 1990, Umno/Bn kehilangan negeri Kelantan, apabila timbulnya perpecahan pemimpin tahun 1987. Tahun 1999, Umno/Bn kehilangan Negeri Terengganu, akibat perpecahan pemimpin Umno. Tahun 2008, Umno/Bn kehilangan kuasa 2/3 Dewan Rakyat, serta lima negeri, akibat perpecahan pemimpin Umno.
3. Pada PRU-13, dikeranakan para pemimpin Umno bertaut, maka dapat menambah jumlah kerusi kemenangan daripada 79 dimenangi Tahun 2008 kepada 88, walaupun Umno berdepan dengan Ibu kepada semua pilihanraya di negara ini.
4. Musuh Umno, tidak pernah berdiam diri. Mereka bukan sahaja secara terang-terangan menyerang, akan tetapi menggunakan serangan gerilia dengan mempergunakan orang dalam melemahkan parti.
5. Musuh Umno, tahu benar melawan Umno secara berdepan, tidak akan berjaya, kerana terbukti melalui 13 kali PRU, kerajaan yang ditunjangi Umno masih mempertahankan kerajaan yang dibentuknya sejak merdeka.
6. Para musuh Umno, tidak secara langsung dapat mempengaruhi pemimpin Umno, akan tetapi berjaya menyusup masuk sebagai orang kepercayaan/suruhan/keldai dan sebagainya kepada pemimpin Umno. Mereka yang berjaya masuk ini, sungguh pintar berlakon, sehingga hilang nyawapun tetap menyokong pemimpin yang dijadikan sebagai alat melemahkan parti daripada dalam.
7. Benar juga, Umno cuba dilemahkan, dengan mengaitkan dengan berbagai isu yang berkaitan dengan kerajaan. Isu 1MDB misalnya, bukan masalah Umno, akan tetapi masalah kerajaan. Kerajaan itu, bukan hanya melibatkan Umno akan tetapi 12 komponen parti yang bergabung dalam Barisan Nasional.
8. Apabila 1MDB dijadikan sebagai pelemah kepada Perdana Menteri dilihat tidak dapat memaksa Perdana Menteri meletakkan jawatan, maka musuh Umno mempergunakan isu yang berkait rapat dengan parti. Dan mereka menemukan wang derma RM2.6bilion yang dimasukkan ke akaun pribadi Perdana Menteri/Presiden parti Umno.
9. Apabila terdedah berkaitan dengan wang derma itu, terlihat benar, ianya digunakan secara maksima sebagai faktor pendorong, agar supaya PerdanaMenteri/Presiden Umno terlihat jelek, dan menjadikan isu sebagai pendesak, agar PM meletakkan jawatan.
10. Sedarkah Tun Dr Mahathir Mohammad, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal, bagaimana DAP dan parti pembangang lain mempergunakan isu RM2.6bilion sebegitu hebat sekali, sehingga poster masuk ke dalam Dewan Rakyat bertuliskan MANA RM2.6B. Malah poster itu, digunakan sebagai maskot bagi mengumpul imej buruk kepada Perdana Menteri/Presiden Parti Umno.
11. Memang jawapan demi jawapan atau penjelasan demi penjelasan diberikan berkaitan wang derma RM2.6bilion, namun semua itu tidak diterima, malah diputar belit, dengan berbagai remah ratus.
12. Kini, apabila kemelut 1MDB semakin selesai, bukan pula pihak-pihak yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri/Presiden Umno berhenti, akan tetapi meneruskan desakan mereka.
13. Terlihat benar, tindakan mereka sebelum ini, kononnya hanya bertanya dan pertanyaan perlu dijawab, namun selepas diberi jawapan, bukan pula jawapan itu diterima, malah diputar belit, dan seolah-olah jawapan yang diberi dijadikan sebagai pemudah cara untuk memperkuat atau bersuara lantang mendesak Perdana Menteri/ Presiden Umno meletakkan jawatan.
14. Para musuh Umno, mungkin merasakan, kerana berasaskan kepada latar belakang mereka, maka para ahli Umno akan ikut sama. Sangkaan mereka itu, terbukti meleset, apabila pada PAU 2015, terbukti para ahli parti yang diwakili perwakilan, masih berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri/Presiden parti.
15. Para pemimpin parti yang tadinya menyangka, bahawa mereka bakal menerima sokongan akar umbi, ternyata, mereka macam dipinggirkan. Tersedar dengan keadaan itu, maka tindakan U-Turn nampak bakal berlaku. Malangnya mereka yang menjadikan pemimpin itu menongkah arus, kini berusaha dengan segigih-gigihnya agar keadaan itu tidak berlaku. Kerana, jika berlaku, usaha mereka selama ini, bagaikan buih-buih laut.
3 comments:
Salam
Kekuatan pokok adalah dari akarnya
Perusak umno ialah pimpinannya sendiri
Bagaimana mahu digelar pemimpin sedangkan tiada pengikut
Jika rosak ketua keluarga maka rosaklah keseluruhan keluarganya
Taat pada pemimpin itu wajib tetapi adakah wajar taat pada pemimpin sebegini
Haruslah selalu cerminkan diri..jika berani jawablah bersemuka kenapa perlu wakil, orang yang takut saja yang melakukan kesalahan
Isu-isu hangat tidak boleh diperbahaskan dalam PAU 2015..MENGAPA?? Jikalau dalam kebenaran wajib berani berhujah
Rakyat mahukan penjelasan yang berfakta sahih, penjelasan yang tiada persoalan berbangkit
Namun lebih setengah tahun berlalu, tiada apa2..semuanya hanya propaganda bagi menyelamatkan diri
Perosak umno ialah pimpinan mereka sendiri yang ketaatannya hanya pada takhta waima harta
Wasalam
Ada agenda lebih besar demi bangsa dan agama yang patut difokuskan. Isu 1mdb dan 2.6b telah begitu lama menjadi fokus... sejak awal dibangkitkan musuh islam dan negara.
Dan musuh dilihat berjaya sedikit sebanyak dlm peranan utk menjatuhkan seorang pemimpin melayu islam dengan menyemai perasaan benci yang amat kpd pemimpin dalam hati mereka yg sebangsa dan seagama dengan beliau.
Lihatlah betapa hipokrit mereka dengan slogan "i love pm". Bila telah terdedah hipokritnya mereka...Tanpa kita sedari ...mereka kini meracuni fikiran kita pula untuk membenci pm.
Lihatlah bijak mereka... tidak pula mengutuk kelemahan dan skandal keluarga lim yg menjelikkan ...yg terang2 busuk hati pd kita dan agama kita.
Tunggu sahaja hasil siasatan dan hindari persepsi pasukan penyiasat (pdrm, macc dll) tidak boleh dipercayai kerana persepsi negatif telah juga disemai untuk kepentingan pembangkang.
An-Nisā':83 - Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).
4:83. When there comes to them some matter touching (public) safety or fear, they make it known (among the people), if only they had referred it to the Messenger or to those charged with authority among them, the proper investigators would have understood it from them (directly). Had it not been for the Grace and Mercy of Allah upon you, you would have followed Shaitan(Satan), save a few of you.
Pikirlah dengan matang... kalaulah dibangkitkan didalam PAU...sentiasa akan ada dua reaksi berbeza yang dikhuatiri menjurus kepada perpecahan. Pasti kepentingan peribadi team a dan b akan mempengaruhi perdebatan yg akhirnya jadi perbalahan yang tidak kesudahan.
Damaikanlah mereka berdua.
An-Nisā':114 - Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau menDAMAIkan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
Al-Ĥujurāt:10 - Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Salam
Benar apa yang dinukilkan oleh kamu wahai anon 12dec 9:01, tetapi sedarkah kamu sudah berapa lama pimpinan kamu menyembunyikan diri dari menjawab dengan terang persoalan yang berbangkit
Rakyat semakin terhimpit dan tersepit, pemimpin rancak berjoget, segala isu yang berlaku ditepis dengan alasan yang tidak munasabah, ayat2 al-quran dan hadis digunakan untuk menyogok sokongan kepada pemimpin yang tidak patut diberi sokongan
Mengapa TunM dan seangkatan dengannya ditohmah secara peribadi walhal yang menjadi isuialah peribadi najib & co sendiri
Jawablah dengan logik dan akal yang waras, jika telah di"GAME" oleh sesiapa yang berpengaruh, berbincanglah dengan pemimpin2 terdahulu, bermusyuwarahlah itukan kehendak islam
Tidak perlulah reshuffle dan senyapkan jabatan AGC,SPRM,PDRM, BNM & etc..nampak jelas perception rakyat tentang masalah yg dihadapi
Rakyat sekarang bukan rakyat zaman 10-20tahun dulu..dengan kemudahan internet susah mahu menggunakan media arus utama untuk memanipulasi rakyat
Rakyat sgt2 terhimpit terutama golongan belia seperti saya, sudah ramai yang menganggur, bangunlah
Jika tiada angin masakan pokok UMNO boleh bergoyang dari dalam. Jika dibandingkan dengan peristiwa UMNO 1988 & 2008 dengan isu najib sekarang jauh panggang dari api
Hujahlah dengan fakta seperti TunM & co, jangan hanya berlingkar2 dengan kata2 semangat keislaman dan semangat perkauman, alasan yg diberikan oleh para menteri sekarang ialah alasan level budak2 tak habis sekolah atau budak terencat akal sahaja
Berdosa besar jika tidak menyelidiki berita2 yang diterima itulah sebabnya banyak persoalan dibangkitkan kerana rakyat marhaen yang prihatin ingin penjelasan supaya tidak terbabas kecenderungan fahaman mereka seperti saya
Berani kerana benar, takut kerana salah
Wasalam
Post a Comment