Thursday, November 12, 2015

Hidup Mewah, Rumah Besar- Tanda Pengamal Rasuah?

1. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, mengatakan, bahawa hidup mewah, rumah besar, kereta besar adalah petanda seseorang itu pengamal rasuah. Menurut mantan PM itu, petanda ini perlu diterima oleh mahkamah sebagai bukti bahawa seseorang itu pengamal rasuah.

2. Mantan PM itu, mengeritik mahkamah, kerana tidak menerima petanda itu sebagai bukti rasuah, sebaliknya, hanya menerima apabila ada seseorang mengaku atau membuat kenyataan, memberi atau menerima habuan. Bagi individu yang berkedudukan, sukar mengheret mereka ke mahkamah, jikapun terlibat dalam rasuah, kerana mereka saling melindungi antara satu sama lain, demikian kata mantan PM itu. Tun Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri selama 22 tahun, ertinya beliau tahu benar, bahawa belaku rasuah dikalangan para pemimpin semasa pentadbirannya, melalui modus operandi sepertimana yang beliau nyatakan. Adalah perkara lumrah, jika seseorang terlibat melalui kaedah itu, maka seseorang itu boleh menjelaskan dengan terperinci, bahawa memang kaedah itu berlaku. Persoalannya, mengapa hanya sekarang modus operandi itu didedahkan, mengapa bukan semasa beliau berkuasa?

3. Jika kaedah sepertimana yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir itu digunapakai, maka ianya akan menjadi malapetaka kepada perundangan negara, kerana sesiapa sahaja yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan atau yang terlibat dengan pemerintahan, kemudiannya mempunyai petanda hidup mewah, punya rumah besar, punya kereta besar, maka boleh didakwa sebagai pengamal rasuah. Nampaknya jika kaedah ini digunapakai, ramailah para wakil rakyat, pembantu menteri, timbalan menteri, menteri atau pengerusi GLC, timbalan speaker, speaker atau para pegawai menteri atau setiausaha-setiausaha politik akan didakwa di mahkamah, kerana kononnya pengamal rasuah.

4. Menurut mantan Perdana Menteri itu, jika seseorang mempunyai wang yang banyak, tidak akan dapat membendung diri untuk berbelanja, kerana duit yang berguni-guni itu, tidak akan boleh dibawa ke dalam kubur.

5. Kenyataan mantan PM itu, berimplikasi, bahawa ramailah para wakil rakyat, menteri, para pegawai kerajaan tidak taat pegangan agama, malah bermoral rendah. Hakekatnya mantan PM itu terlupa kerana akibat pengurusan kewangan yang baik, maka seseorang itu dapat menikmati kehidupan mewah, kerana pinjaman dapat bina rumah besar, kerana adanya bank, maka dapat beli kereta mewah.

5 comments:

Anonymous said...

Tun M atau Mamak Madey sebenarnya sedang menukilkan dan menceritakan tentang dirinya selama 22 tahun mengamalkan Rasuah.. sekarang dia ke mana2 pun dengan Jaguar car, dan pelbagai lagi gaya kemewahnya.. bukannya murah.. kekayaan pencen sbg PM apakah begitu kaya?
sarcasm ayat2nya itu ialah flash back kepada dirinya dan keluarganya.. Allah Maha Berkuasa.. inilah balasan bagi pemimpin yang suka menipu.. akhirnya aib dirinya Tuhan tunjukkan.

Obat Serba Guna said...

benar sekali

Agen Green World Indonesia said...

keren banget tuhhhhh

Pengobatan Jantung Bengkak paling Ampuh said...

menunggu keempatan itu sangatlah lelah

Anonymous said...

Yg kaya raya tu kan keluarga Tun, LKS,
KETUM dan kroni2 mereka. Rakyat cuma biasa2 sahaja. Patut2 Tun ni kira berapa dia dan kroni2 dah balun duit rakyat sejak 30 tahun yg lepas melalui perjanjian berat sebelah tu dan kembalikan semula kepada rakyat. Rakyat x rela diperbodohkan begitu.

Blog Archive