1. Sudah menjadi kebiasaan, setiap Sidang Parlimen bermula, akan ada perjumpaan antara Perdana Menteri dengan seluruh MP Bn. Acara itu dipanggil "pre council meeting." Melalui perjumpaan itu, Perdana Menteri akan memberi berbagai arahan atau maklumat kepada penyokong kerajaan bagi maksud menepis berbagai persoalan yang bakal ditimbulkan oleh pembangkang.
2. Pertemuaan malam tadi di kediaman Perdana Menteri, di Seri Perdana, Putrajaya, julung kalinya tanpa MP Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana MP tersebut bukan lagi sebagai ketua Whip BN, melainkan hanya MP Bn biasa.
3. Muhiyiddin telah digugurkan daripada jawatan kabinet pada satu rombakkan kabinet pada 28 Julai lalu, Dalam rombakkan kabinet tersebut, salah seorang Naib Presiden Umno Datuk Shafie Apdal juga turut digugurkan.
4. Persidangan Parlimen yang bermula pada Isnin 19 Oktober, agak luar biasa, kerana terdapatnya senarai usul undi tidak percaya kepada DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Walaupun urutan usul tersebut berada pada kedudukan ke-25 daripada 28 usul, dan dijangka tidak sempat untuk dibaca pada persidangan pada kali ini, namun dengan tersenarainya usul itu, setidak-tidaknya menjadikan persidangan dewan rakyat untuk kali ini sebagai luarbiasa.
5. Ahli Parlimen PKR daripada Petalingjaya Selatan- Hee Loy San telah membuat usul undi tidak percaya kepada DS Najib sebagai Perdana Menteri. Antara alasan yang diberi oleh MP Pembangkang tersebut adalah dakwaan tidak amanahnya Perdana Menteri, khususnya berkaitan wang RM2.6bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi beliau.
6. BN mempunyai 134 MP daripada 222 keseluruhan ahli parlimen, manakala pembangkang 88, termasuk seorang ahli bebas. Pada PRU-13 lalu, Bn hanya menang 133 kerusi, namun dalam PRK Telok Intan, Perak, Bn berjaya merampas kerusi DAP tersebut melalui Presiden Parti Gerakan.
7. Melihat kepada kedudukan kerusi parlimen, usul undi tidak percaya tidak akan tembus atau berjaya, kerana bilangan yang diperlukan minima 112. Setakat ini, belum ada tanda-tanda bahawa ada MP Bn yang akan berpaling tadah, termasuklah Tan Sri Muhiyiddin, Tengku Razaleigh dan Datuk Shafie Apdal. Jika berlaku ada MP Bn yang berpaling tadah, kemungkinan datangnya daripada Johor dan Kedah.
8. Pada 12 Oktober lalu, semasa hadir pada sidang akhbar Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, MP Gua Musang ada menyatakan, bahawa mereka ada cara untuk memaksa DS Najib Razak meletakkan jawatan. Apa kah cara itu? apa kah Kuli bersama Muhyiddin mempunyai "numbers"dalam menyokong usul undi tidak percaya?
9. Usul undi tidak percaya sangat terletak kepada Speaker Dewan Rakyat- Tan Sri Pandikar. Apa kah Speaker tersebut membenarkan usul itu dibaca dan seterusnya diundi? sama-sama kita tunggu, kerana persidangan parlimen kali ini berjalan selama 7 minggu atau 25 hari, dan merupakan persidangan terakhir untuk Tahun 2015. Walau apapun, dalam permainan politik, semuanya boleh berlaku.
3 comments:
TS Muhyiddin memilih untuk menjadi parasit.. sedangkan dia tahu siapa Mahathir dan mengapa Mahathir sangat mahu Najib ditumbangkan. Bersekongkol dengan perosak, akhirnya orang itu akan turut rosak! Parasait harus disingkirkan.
JIBBY DAN PENYOKONNYA PUKIMAK!!
Ayat mencarut itupun sudah menunjukkan Najib di pihak benar dan pihak satu lagi yang mahu Najib jatuh itu tidak boleh dipercayai.
Semoga Allah SWT memelihara negara dari ancaman jahat golongan ini. Jika baik bagi rakyat dan negera mempunyai PM seperti Najib maka semoga dipelihara Allah dr segala musuh2 yang jahat dan penuh tipu muslihat ini. Sebaliknya jika ada yang lebih baik darinya, dipermudahkan rakyat dan negara membuat peralihan dengan aman.. semoga dihancurkan musuh-musuh yang berselindung atas nama rakyat dan negara! Amiiin
Post a Comment