1. Pelabuaran awal sebanyak USD1bilion sebaik sahaja perjanjian termeterai pada 28 September 2009, antara 1MDB dan PetroSaudi adalah bertujuan untuk mendapatkan 40 peratus ekuiti pada JV tersebut.
2. Menurut 1MDB, jumlah wang syarikat itu seluruhnya disalurkan kepada JV tersebut adalah USD1.83bilion. Pelaburan itu dikatakan berkembang sehingga USD2.33bilion setakat 31 Mac 2014.
3. Pada 10 Oktober 2015, pelaburan 1MDB yang berbentuk murabahah sejumlah USD1.39bilion telah ditunaikan, manakala baki USD940milion akan ditebus melalui “ debt for asset swap” dengan Abu Dhabi International Petroleum Investment Company (IPIC).
4. Jelas melalui JV antara 1MDB and PetroSaudi, syarikat gergasi milik Kementerian Kewangan tersebut tidak mengalami kerugian, sepertimana dakwaan. Apapun cerita berkaitan urusniaga itu, hanya merupakan catitan akademik, kerana yang mustahak, wang 1MDB selamat and telah menghasilkan keuntungan.
5. 1MDB kini melaksanakan rasionalisasi bagi menghapuskan hutang yang berjumlah RM42bilion. Menurut syarikat itu, melalui “debt for equity swap’ dengan IPIC and penjualan Edra Global Energy Bhd akan menghasilkan RM42bilion, cukup untuk menutup semua hutang syarikat. Selain itu, syarikat akan mendapat tambahan tunai melalui penjualan sebahagian tanah TRX, tanah di Ayer Hitam Pulau Pinang, and tanah di Pulau Indah, Selangor. Nampaknya, pada penghujung tahun 2015, masalah 1MDB akan terselesaikan sesuai dengan janji Perdana Menteri.
6. Apa yang jelas, tiada wang rakyat digunakan untuk ‘bailout” syarikat gergasi tersebut, kecuali wang modal yang diberikan kerajaan sebanyak RM1juta, serta standby credit sebesar RM970 juta. Standby credit itu boleh ditutup melalui hasil penjualan berbagai asset tanah milik syarikat tersebut.
7. Ada yang mengatakan, jika kemelut 1MDB selesai, DS Najib Razak akan menjadi Perdana Menteri terkuat di Malaysia. Mudah-mudahan anggapan itu dapat diterjemahkan melalui peti undi pada PRU-14, bagi membolehkan menepis dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa jika DS Najib masih sebagai Perdana Menteri, maka BN akan kehilangan kuasa.
10 comments:
Mudahnya perkiraan mereka. Dulu masa aset tenaga dimiliki oleh tuan punya asal, aset2 itu menghasilkan keuntungan kepada pemilik. Bila 1MDB beli aset2 berkenaan melalui Edra, takkan aset yang sama tidak menghasilkan untung. Labur sampai RM18b untuk aset, tak pernah pun sebut berapa untung yang dijana. Yang diulang2 untung dari pelaburan dalam JV dengan PetroSaudi. Yang kononnya dapat sekali tulah. Pelaburan sebanyak RM6.6b boleh jana untung (kononnyalah), yang RM18b tak pernah cerita untungnya. Kalau untung bersih 10% setahun pun dah ada RM1.8b. Takdelah kena guna semua standby kredit yang kerajaan sediakan tu semuanya sekaligus untuk bayar hutang kot. Kot ya pun nak kelentong biarlah masuk akal. Ni kelentong macam orang tak ada akal. Nampak sangat yang tulis skrip tu tak habis sekolah. Janganlah kata bila hutang langsai segala masalah pun dikira selesai. Duit yang hilang kenalah tunjuk pergi ke mana.
IPP milik 1MDB membolehkan kerajaan mengekalkan tariff elektrik pada harga yg rendah. Mudah2an setelah dijual nanti, harga rendah ini dapat dikekalkan oleh pemilik baru EDRA.
Sekiranya tidak, orang yg patut dipersalahkan ialah pembangkang, Tun dan sekufu dengannya, kerana merekalah EDRA terpaksa dijual. Jika mereka x kritik keterlaluan, 1MDB mungkin telah dibiayai melalui terbitan IPO sebagaimana rancangan asal.
Kalau baca SR memang dia kata wang 1.83 bilion tu hilang. Tapi menurut maklumat lain, pelaburan di Petrosaudi tu dah bertambah menjadi 2.183 bilion yg bermakna ada keuntungan. Tapi entahlah kalau anon 2340 sendiri yg mencuri duit tu, sebab tulah dia confiden kata duit tu hilang atau dia ada simpan buktinya, tunjuklah.
Matlamat tun m skrg bkn isu 1mdb tu berjaya langsai hutang atau untung rugi..tetapi bg dia imdb hanya sbg 'bahan perisa' terenak untuk menjatuhkan Najib secara mutlak..sbb Najib sudah tkberguna lg untuk agenda politik dan caturan kuasa bg tun m.
Cukup jelas Najib plg minima menggunakan dana awam dr rakyat dlm pelaburan dn projek2 dlm pentadbirannya spt imdb, berbanding massives bailout menggunakan dana awam secara terang dan tanpa boleh disoal walaupun melanggar etika dan amanah rakyat demi kroni beliau!
Perlu di fahami jumlah USD 2.32 billion adalah penyata di ATAS KERTAS sahaja . Jumlah itu adalah terkumpul dari pelaburan tunai 1MDB USD 1.83 billion di tokok keuntungan sebanyak USD 490 million .
Ma'af kan saya kepada Anon Anon diatas , kemungkinan saya tersilap kerana saya bukan nya se orang akauntan . Komentar saya adalah berdasarkan pengalaman menjalankan perniagaan sendiri selama lebih kurang 30 tahun !
Kertas "penyata" yang menunjukkan jumlah USD 2.32 billion itu tidak di iktiraf olih mana mana institusi kewangan antarabangsa ( dan juga tempatan ) . Makna nya kertas itu tidak ada nilai kerana Petrosaudi International tidak mempunyai asset sebagitu banyak ! Se tahu saya , sehingga kini Petrosaudi tidak mempunyai satu pun telaga minyak atau gas . Syarikat itu hanya menjalankan perniagaan jual beli minyak sahaja .
Olih yang demikian , besar kemungkinan , saya kata besar kemungkinan laporan SR ada kebenaran nya tentang "kehilangan" wang pelaburan USD 1.83 billion itu . 1MDB pernah mengeluarkan kenyataan bahawa USD 1.39 billion sudah di tebus dan baki USD 940million akan di bayar dengan asset dari IPIC . Di masa sama 1MDB mencabar sesiapa yang membuat tuduhan tentang kehilangan wang itu agar menunjukan bukti .
MENGAPA TIDAK CABARAN ITU DI KEMBALIKAN KEPADA 1MDB DGN MEMBUKTIKAN WANG ITU TIDAK LESAP ??????
1MDB gagal melakukan IPO terhadap EDRA bukan kerana Mahathir dan sekutu2 dia .Berkenaan IPO pula , sebelum syarikat di senaraikan , penyata akaun nya perlu di bentangkan supaya orang awan/syarikat berminat dapat membuat penilaian . 1MDB sendiri mengaku yang akaun syarikat tidak di audit semenjak April 2014 . !!
Kedua , mungkin juga , nilai pelabuaran lebih tinggi dari nilai asset sebenar . Perkara sedemikian bolih berlaku kerana " due diligence " di buat setelah membuat pembelian secara " rakus " dan "membabi buta " .
Siapa bilang Najib paling minima menggunakan dana awam dalam pelabuaran ???
Tanah TRX dan Bandar Malaysia ( sg besi airport ) bernilai dalam anggaran RM 22 billion tetapi di jual kepada 1MDB , kalau saya tak silap kurang lebih RM 2 billion ! Perbedzaan RM 20 billion itu datangnya dari mana ??? Perlu di ingat asal Tanah itu adalah milik kerajaan ... bermakna milik rakyat Malaysia !! Lain lah ceritanya jikalau Negara Malaysia ni Negara Najib .....
Tahniah Pelan rasionalisasi yg mmg rasional. Jual edra, jual tanah. Maknanya efisien sgt la pelan ni kerana berjaya menggadai harta benda negara smbil mkn kacang. Jual tanah tu bnyk bnyk sikit pun xpe, takot nanti tak cukup plak nk cover utang ananda dulu tu..apa nk risau tanah tu pun ayah awak yg punya..yer. Marila bramai ramai kita brbangga btpa pelan penggadaian yg masyuk ini trhasil dari pmikiran gnius pmimpin kita. Malah 1MDB pun sgt harum smerbak skali namanya di seantero dunia. Huntungnya plak bgitu brbilion bilion shingga brjaya menGSTkan stiap rakyatnya. Justeru rakyat skalian marila kita gadaikan tanah-tanah kita walau yg sekangkang kera tu demi myelamatkan syrkt brtuah ni.
'Penggadaian masyuk'?? apakah kalau si penentang tegar itu pun seorang kaki perasuah dan penyeleweng wang rakyat suatu masa dulu kita terus boleh katakan PM sekarang ini bersalah??. Yang mana kita nak percaya?
Yang banyak buat projek untuk membela sekeret dua kroni yang sebagian besar di aturcara dengan penjanjian GILA dan CEKIK DARAH rakyat seperti IPP dan KONSESI atau seorang pemimpin yang dilontar dengan macam-macam tuduhan tapi hakikat sebenar orang ini lah berjaya alirkan wang tunai TERUS kepada rakyat bawahan.. kemudahan demi kemudahan dibina tanpa orang tengah terus kepada orang-orang susah, dan tiada pula muslihat berasaskan parti mana rakyat sokong..
bagi saya orang yang kedua saya percayai berbanding yang pertama. Mohon maaf saya bukan lahir pasca 1998..tapi saya org yang berada di zaman PM yang sarat dengan penyelewengan tetapi kerana dia bijak MENGAWAL persepsi dan propaganda di zaman nya.. itu sahaja kelebihannnya!
Jual tanah dan jual aset yg dibeli adalah pilihan terakhir kerana adanya tekanan yg dahsyat, walaupun niat asal sangat mulia iaitu projek untuk kurangkan beban rakyat. 1MDB tu rakyat yg punya, x salah kalau beli tanah kerajaan, dibangunkan dan jual balik dengan profit. Untung pun masuk kerajaan untuk rakyat. Kalau kroni atau swasta sapa yg cekik? Ada rakyat dapat?
Anon 419, dengan pengalaman berniaga 30 tahun yg lepas maknanya mungkin kroni kot, patutlah ......
Saya warga emas yg dilahirkan sebelum merdeka. Memang diakui sumbangan Tun ada yg baik tapi yg x baik pun ada iaitu perjanjian berat sebelah yg membalun wang rakyat dalam tempuh yg panjang, silap2 sampai ke anak cucu cicit, jika dibiarkan kroni Tun perintah negara. Kes koni ni perlu dihentikan. Tahniah Najib kerana berani melakukannya kerana memyelamatkan rakyat yg tertindas sejak sekian lama.
GST bukan isu kerana ia dikenakan pada kadar 6% menggantikan cukai SST yg dimansuhkan antara 10-16%. Cumanya SST yg dikenakan tersembunyi, walhal GST boleh dilihat dalam slip bayaran. Ini bermakna GST lebih telus.
Selain SST, juga ada beberapa culai lain yg dimansuhkan.
Lagipun lebih 160 negara dah laksanakan, tentulah ia lebih effective. Mengikut kajian, ia mengurangkan penipuan oleh peniaga yg mengutip SST tapi x menjelaskannya kepada kerajaan.
Lagipun banyak barangan kegunaan harian yg x dikenakan GST atau 0 rated.
GST pun dilaksanakan setelah diluluskan oleh parlimen, bukannya suka2.
Apa lagi yg anon 445 mahu? Kalau semuanya x suka, anda berhijrah jelah ketempat lain yg boleh memuaskan hati anda 100%.
GST bukan isu kerana ia dikenakan pada kadar 6% menggantikan cukai SST yg dimansuhkan antara 10-16%. Cumanya SST yg dikenakan tersembunyi, walhal GST boleh dilihat dalam slip bayaran. Ini bermakna GST lebih telus.
Selain SST, juga ada beberapa culai lain yg dimansuhkan.
Lagipun lebih 160 negara dah laksanakan, tentulah ia lebih effective. Mengikut kajian, ia mengurangkan penipuan oleh peniaga yg mengutip SST tapi x menjelaskannya kepada kerajaan.
Lagipun banyak barangan kegunaan harian yg x dikenakan GST atau 0 rated.
GST pun dilaksanakan setelah diluluskan oleh parlimen, bukannya suka2.
Apa lagi yg anon 445 mahu? Kalau semuanya x suka, anda berhijrah jelah ketempat lain yg boleh memuaskan hati anda 100%.
Post a Comment