Sunday, September 06, 2015

Isu 1MDB dan RM2.6bilion- Hanya DS Najib Yang Boleh Selesaikan

1. DS Najib Razak perlu berbuat tindakan seperti mana beliau lakukan terhadap isu pembunuhan Altantuya Shaaribu. Beliau perlu bersumpah dengan nama Allah, bahawa tiada wang 1MDB digunakan dan sumbangan RM2.6bilion tiada syarat diberikan oleh penderma.

2. Melalui tindakan bersumpah itu, terserah kepada rakyat untuk percaya atau tidak, dan beliau kena berserah pada Allah.

3. Dalam keadaan sekarang, apa sahaja tindakan pencerahan dan penjelasan berkaitan dua isu, akan timbul pertanyaan baru, timbul dakwaan baru. AYT kerap berhujah melalui blog ini, satu-satunya tindakan DS Najib adalah bersumpah, kerana melalui tindakan itu, terlepas semua beban once for all, dan hanya berserah kepada ketetuan Allah SWT.

4. Apapun dalil dan ulasan serta jawapan berkenaan dua isu itu, pihak pembangkang dan mereka yang menjadikan isu itu menjadi faktor utama mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan, akan terus menimbulkan berbagai dakwaan berkaitan isu itu. Keadaannya sama, seperti mana berlaku pada Altantuya, meskipun mahkamah telah memutuskan, namun mereka tetap membangkitnya, namun atas sebab DS Najib teguh melalui tindakan bersumpah, akhirnya, isu itu kalau tidakpun padam, tetapi dipercayai rakyat majoriti, bahawa DS Najib bercakap benar.

6 comments:

Anonymous said...

Eluknya kalau dakwaan tu x benar dan fitnah, bawa sahaja perkara ke mahkamah dan saman kaw2 pemitnah tersebut, barulah berbaloi.

Unknown said...

Tu yg pelik.Tak berbunyi.

Anonymous said...

Kami pejuang umno!!! kata cai protun.. Tapi tidur sebantal dgn limkitasiang ...siap kena gosok blakang lg. Silap2 basah belakang. Tun mamak buat kerja gila sbb proksi dia kena langgar. Korang apa tujuan? Nak dpt projek kelas F? Ke dpt komisen dr taukeh2 cina bukit? Kamu nampak tun dgn cina bersatu. Masih buta lg agenda rahsia? Berapa agaknya upah macai komen blog ni....mesti lebih dari nuar sbb taukeh bnyk kaya wo... 2.6 b sah sumbangan dr timur tengah. SPRM sudah tau. Pemimpin pembangkang pun dah tahu. Cuma pd rakyat je tak tunjuk sbb ini amanat.

Anonymous said...

Komen sampah dari macai penyapu bongok najib layar dikembang sauh dilabuh

Anonymous said...

Blog pada awalnya pro dok pertahan Najib pun dah naik pening tak leh nak tunggu lama mana lagi. Kebenaran makin menyerlah apabila Najib sang Tikus terus menikus dalam pembohongan oleh para balacinya. Buat malu kami orang Islam dan Melayu aje... NI yang buat Melayu akan hilang dari dunia..

Anonymous said...

Jawapan terhadap isu2 tersebut di atas tu dah banyak diberikan. Kesmpulanya x de wang rakyat yg terlibat, manakala manfaatnya sudah dirasai oleh rakyat. Apa yg digembar gemburkan telah dibuktikan sebagai fitnah dan isu yg diada2kan untuk mempengaruhi minda rakyat yg x mahu berikir secara positi. Jadi kes ini patut dah boleh tutup.

Blog Archive