Saturday, September 12, 2015

DS Najib Umum Kukuhkan Ekonomi Negara Pada Isnin

1. Berdepan dengan penurunan nilai ringgit terendah dalam tempoh 18 tahun, harga minyak dunia yang diperkirakan turun serendah USD20 setong, penurunan indeks bursa malaysia akibat pengeluaran kapital, kenaikan harga barangan dalam negara, merupakan faktor yang bakal diambilkira oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dalam tindakan pengukuhan ekonomi negara yang bakal beliau umumkan pada isnin.

2. Sehingga kini, belum diketahui bentuk atau tindakan apa yang bakal dimumumkan, namun berasaskan kepada tindakan ekonomi, biasanya, bagi berdepan dengan keadaan seperti ini, kerajaan akan menggalakkan perbelanjaan dalam negara, bagi memperkuat daya beli rakyat melalui pengwujudan berbagai projek atau program yang boleh memperancak perekonomian dalam negara.

3. Tindakan premtive perlu dilakukan agar aktiviti perekonomian dalam negara menjadi rancak, khususnya yang melibatkan rakyat. 

4. Melihat keadaan persekitaran perekonomian negara, kerajaan perlu bertindak pro-aktif bagi memacu perekonomian. Salah satu cara adalah kerajaan perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM20bilion dalam masa segera, yang mana perbelanjaan itu berkaitan dengan projek-projek kecil di seluruh negara.

5. Kerajaan perlu bertindak secara dalaman, memandang persekitaran perkonomian dunia khususnya yang melibatkan negara China menjadi pemacu kepada merundumnya pasaran global.

6. Jika kerajaan berbelanja RM20bilion, impak berganda perbelanjaan itu boleh mencapai RM100bilion pusingan perekonomian dalam negara dalam tempoh 3 bulan dan seterusnya boleh meningkatkan 10 peratus dayabeli rakyat.

11 comments:

Anonymous said...

Sekadar umum sahajalah, pelaksanannya adalah merapu tak tentu hala.

Macam isu pusat komersil untuk bumiputera di TRX, lepas tu tunggang langgang jual tanah itu kepada macam-macam pihak pula, pusat komersil bumiputera ke mana, tanah TRX tergadai di tangan pihak asing.

Malahan bila Najib nak umumkan mengenai USD 700 juta @ RM 2.63 bilion dalam akaunnya itu derma kepada UMNO ke derma kepada kerajaan?

Derma kepada UMNO konon, tapi masuk akaun Najib, lepas tu tak beri kepada UMNO, belanja sesuka hati, dalam penyata kewangan UMNO bagi tahun 2013 masa wang tu masuk ke akaun Najib pun tak ada dicatatkan RM 2.63 bilion sebagai derma dari tok arab yang kononnya ikhlas kepada UMNO di dalam penyata kewangan UMNO bagi tahun tersebut, apa cerita ni?

Lepas tu pusing kata derma kepada kerajaan pula dari Arab Saudi, apa kejadahnya derma kepada kerajaan masuk akaun Najib? Carilah mana-mana undang-undang pengurusan kewangan kerajaan dalam Perlembagaan Malaysia, Arahan Perbendaharaan, pekeliling perbendaharaan, surat pekeliling perbendaharaan, malahan dalam pekeliling perkhidmatan pun tak ada peruntukkan undang-undang yang kata wang milik kerajaan boleh disimpan dalam akaun peribadi.

Sila Najib umumkan pasal isu ini sebelum merapu tak tentu hala, kerana pengumuman kukuh ekonomi konon itu hanyalah satu lagi pembohongan oleh Najib yang menjaja air liur seperti penceramah PAS, PKR, dan DAP yang selama menjaja air liur untuk menipu masyarakat.

Sedarlah semua.

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

Lepas tu umum pula mengenai pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit, apakah bidang pelaburannya, dan di manakah pelaburan itu dibuat? Jangan hanya gunakan alasan 'pelaburan' untuk menyonglap wang 1MDB pula.

Sedarlah semua.

Anonymous said...

Kemudian suruh Rosmah buat pengumuman, apakah punca pendapatannya hinggakan sejumlah RM 2 juta didepositkan ke dalam akaun peribadinya dalam tempoh yang singkat melibatkan beberapa kali transaksi kewangan melibatkan jumlah antara RM 150,000.00 hingga RM 300,000.00 pada setiap kali transaksi.

Sila umumkan hal ini dulu, rakyat nak tahu juga, dari mana datang RM 2 juta tu, wang yang ditabung oleh Rosmah sejak dari lahir ke?

Sila beri penjelasan.

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

Sila umumkan juga, mana dia USD 1.55 bilion (USD 700 juta + USD 500 juta + USD 350 juta) yang dikatakan sebagai pinjaman murabahah kepada Petrosaudi yang kononnya dah dibayar oleh Petrosaudi itu? Malahan sila umumkan juga mana dia keuntungan dari pinjaman murabahah itu yang berjumlah USD 488 juta itu, mana dia semua wang itu?

Rakyat mau dengar pengumuman dari Najib, apa dah jadi dengan itu, ke mana wang itu lesap?

Sila beri penjelasan.

Anonymous said...

Sila umumkan juga mengenai USD 1.103 bilion yang pada mulanya jadi tunai yang disimpan di BSI Singapore Limited, kemudiannya tak pasal-pasal tunai itu berubah pula menjadi aset selepas pendedahan oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura yang menyatakan tak ada tunai yang disimpan oleh 1MDB di dalam BSI Singapore Limited, lepas tu dari aset berubah pula menjadi unit, hinggakan tak diketahui unit apa, berapa jumlahnya, berapa nilainya pun dah tak tahulah.

Sila Najib beri penjelasan mengenai perkara ini.

Rakyat nak tahu juga, kerana ini melibatkan wang rakyat, kerana 1MDB adalah anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan, malahan Kementerian Kewangan Diperbadankan pula adalah milik Malaysia, maka ia adalah milik rakyat.

Sila beri penjelasan mengenai perkara ini. Kerana rakyat lebih suka pengumuman mengenai 1MDB serta isu 'derma' yang sekejap 'derma' kepada UMNO, lepas tu bertukar menjadi 'derma' kepada kerajaan pula, tapi UMNO dan kerajaan tak dapat duit 'derma' tu, semuanya masuk dalam akaun Najib, dibelanjakan sesuka hati oleh Najib, lepas tu siap pindahkan wang itu ke dalam akaun di Singapura pula, bukannya akaun kerajaan tak tahulah akaun siapa pula wang itu dipindahkan. Rakyat lebih nak dengar pengumuman mengenai perkara ini dari pengumuman merapu Najib yang kononnya nak pulihkan ekonomi bagai tapi hanya merapu tak tentu hala sahajalah, membohong rakyat seperti pengumuman GTP dan NKRA sebelum ini, indah khabar dari rupa, cantik atas kertas tapi lingkup di pelaksanaan realitinya.

Sedarlah semua.

Anonymous said...

Membangunkan ekonomi jadah apa? Ramai warga asing diheret masuk ke negara ini, lepas tu mereka bawa keluar wang ke negara asal mereka, maka ringgit di pasaran antarabangsa adalah terapung dengan jumlah yang besar hingga merendahkan nilai ringgit itu sendiri.

Tapi Najib nak bawa masuk lagi 1.5 juta bangla, kemudian Zahid Hamidi pula nak beri permit kerja kepada pendatang haram di negara ini pula, di Malaysia kini dah ada lebih kurang 7.5 juta pendatang asing samada yang berpermit atau tak berpermit, jumlah mereka itu lebih kurang 1/6 dari jumlah penduduk di negara ini, tapi kepimpinan negara tak fikir guna otak, peluang kerja di negara ini makin menurun, diheret lagi pendatang asing ke negara ini, tambah lagi 1.5 juta orang, dah jadi 9 juta, iaitu hampir 1/3 dari jumlah rakyat Malaysia yang berjumlah lebih kurang 30 juta orang.

Ada pernah ke kerajaan fikir subsidi milik rakyat Malaysia yang digunakan oleh pendatang asing itu? Ada pernah kerajaan fikir peluang kerja yang makin banyak dibolot oleh pendatang asing sedangkan warga tempatan tak mempunya kerja? Selalu kerajaan tuduh warga tempatan memilih kerja, tetapi hakikatnya ramai majikan yang ambil kesemapan menggajikan pekerja asing terutama yang tak berpermit kerana boleh beri gaji dengan harga murah.

Kerajaan tak serius dalam pembangunan kemahiran rakyat, cadangan supaya sekolah kemahiran dimulakan sejak dari pelajar berusia 13 tahun iaitu selepas mereka tamat UPSR tidak pernah dipedulikan oleh kerajaan. Sedangkan pelajar yang memang tak minat akademik, majoritinya boleh dikatakan 99% meminati bidang kemahiran dan mereka tak minat akademik.

Kerajaan paksa pelajar yang tak minat akademik ini untuk belajar aliran akademik, pelajar sebegini akan ponteng sekolah, larikan diri kelas, buat macam-macam masalah kerana mereka tak suka belajar akademik, mereka tak diberikan ruang dan peluang untuk belajar dalam bidang kemahiran yang menjadi kesukaan mereka, akhirnya pelajar ini terjebak dalam kegiatan yang merugikan diri mereka sendiri.

Perkara ini telah lama diutarakan kepada pihak kerajaan, tetapi kerajaan masih tak endahkan, kerajaan hanya melihat pengajian aliran kemahiran selepas tamat tingkatan 3, itu pun di Sekolah Vokasional, tetapi di Giat Mara, di IKM, ILP, IKBN, Kolej Pertanian, Institut Pertanian, Pusat Pengembangan Akuakultur, hanya bermula pada umur 18 tahun, sila gunakan otak untuk berfikir berapa banyak kira rugikan masa pelajar yang sepatutnya diberikan ruang dan peluang untuk belajar dalam bidang yang mereka suka sejak dari usia 13 tahun lagi, kerana dalam bidang kemahiran, untuk mencapai tahap yang dikategorikan cekap untuk menjalankan tugas adalah SKM tahap 3, mengambil masa antara 2 tahun setengah hingga 3 tahun berdasarkan bidang pengajian, jika pelajar ini dari umur 13 tahun dah diberikan peluang, mereka akan dapat menjadi tenaga kerja yang berkeupayaan untuk menjalankan kerja-kerja yang selama ini dikuasai oleh buruh asing pada usia mereka 16 tahun, umur 16 tahun pelajar lepas sekolah aliran kemahiran boleh masuk dunia kerjaya.

Kita mahu menuju ke arah Wawasan 2020, tetapi pihak kerajaan tidak komited untuk membangunkan sektor pendidikan kemahiran hingga menyebabkan kerugian sumber kepada negara.

Jangan salahkan rakyat kononnya memilih kerja, sila lihat dasar kerajaan itu sendiri yang menyempitkan ruang yang sepatutnya dibuka luas untuk pembangunan rakyat negara ini.

Sedarlah semua.

Anonymous said...

Rakyat Malaysia sekarang ini diperdaya oleh Najib dan kuncu-kuncunya dengan pelbagai pengumuman palsu yang hanya untuk menipu rakyat dari hakikat sebenar.

Tetapi kerajaan sendiri tidak komited dengan apa yang diumumkan itu. Buktinya seperti posting saya yang nombor enam, tiada usaha yang konsisten untuk mewujudkan sekolah aliran kemahiran secara optimum, semuanya hanya syok sendiri dan melepaskan batuk di tangga sahajalah.

Rakyat telah banyak disuapkan berbagai pengumuman oleh Najib seperti KPI, NKRA, GTP, ETP dan entah jadah apa lagi itu, itu semua hanya indah khabar dari rupa, cantik atas kertas tapi lingkup di peringkat pelaksanannya.

Sudah tiba masanya Najib berundur, rejim korup Najib ini perlu berundur, jangan disebabkan ketamakkan Najib dan kuncu-kuncu, maka UMNO, Barisan Nasional, serta Malaysia dan rakyat pula yang menjadi mangsanya.

Najib perlu berundur dan terimalah hakikat bahawa dia perlu dibicarakan di mahkamah di atas segala salah lakunya selama ini. Semuanya terbongkar, apa lagi nak disembunyikan, dah tak ada rahsia lagi, terimalah hakikatnya.

Sedarlah semua.

Anonymous said...

Abu ni x habis2 menghasut rakyat supaya bencikan Najib. Patut dia ni dibicarakan di bawah akta hasutan.

Gabenor johor said...

nama sahaja seperti nama sahabat nabi saidina abu bakar tetapi perangai mcm BAKAR ABU..sedarlahhh

Anonymous said...

Abu oh abu.....

Anonymous said...

mamat abu ni macam dia tahu semua. seolah olah rumah najib tu jiran dia.
Sedarlah abu awak hanya mengundang neraka kepada diri sendiri. Tulisan kamu penuh kebencian. Sedarlah abu. Fitnah itu haram. Mengumpat pun haram.
Sedarlah wahai insan bernama Abu. Cantik nama itu, jangan cemarkan.

Blog Archive