Friday, August 21, 2015

Siapa Menteri Jumpa Tun M?

1. Tun Dr Mahathir melalui tulisan terbaru pada blog beliau pada Khamis menyebut salah seorang Menteri pernah bertemu mantan PM tersebut di mana menteri itu menyebut mempunyai dokumen-dokumen berkaitan salah laku DS Najib Razak, namun senyap begitu sahaja apabila dilantik sebagai menteri. 

2. Tulisan terbaru Tun M tersebut salah satu tindakan mantan PM tersebut bagi menimbulkan kecurigaan antara satu sama lain dalam kabinet Perdana Menteri.

3. DS Najib dipalitkan dengan kemelut 1MDB dan wang RM2.6bilion.

4. Siasatan berkaitan 1MDB tertangguh atas sebab berbagai tindakan Perdana Menteri bermula pada 27 Julai antara lain pemecatan Tan Sri Gani Patail sebagai peguam negara, pemecetan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal, serta melantik 4 anggota PAC termasuk pengerusinya ke dalam kabinet (seorang dilantik menteri penuh manakala 3 sebagai timbalan menteri).

5. Sehingga kini, walaupun berbagai penjelasan berkaitan 1MDB dan wang RM2.6bilion, namun penerimaan rakyat secara umum berkaitan penjelasan tersebut amat rendah, malah penggemar media sosial menunjukkan ketidak percayaan mereka kepada DS Najib dengan memberi reaksi negatif pada sebarang posting PM di laman sosial.

6. Isu negatif kepada PM selain berkaitan 1MDB dan Wang RM2.6bilion, juga laporan berkaitan perbelanjaan beliau semasa bercuti melebihi RM3juta pada ogos 2013 sepertimana di laporkan Sarawak reports menambah lagi persepsi negatif kepada Perdana Menteri.

7. Selain itu, tiadanya penafian berkaitan USD650milion daripada akaun PM di Ambank yang dipindahkan ke luar negara, menjadikan isu negatif kepada PM terus marak.

2 comments:

Anonymous said...

Penjilat dan penagih media sosial tepi taraf longkang sahaja yang dikatakan 'penerimaan rendah' atau 'menolak' penjelasan Najib. Rakyat biasa yang sibuk dengan kehidupan seharian tak cakap macam tu pun. Yang sibuk bertenggek dlm internet je sebab jiwa kosong, takde kerje banyak sebab itu minat sgt dengan macam2 kisah bertaburan ini..

Anonymous said...

Komen dari penjilat tegar Najiss Razak

Blog Archive