1. Politik berkisar pada persepsi. Persepsi yang menghantui Perdana Menteri khususnya kemelut 1MDB dan derma RM2.6bilion semakin hari semakin memuncak, meskipun berbagai penjelasan dan jawapan yang diberikan.
2. Penjelasan dan jawapan berkaitan RM2.6bilion oleh mereka yang menyokong Perdana Menteri bukan menjawab persoalan atau pertanyaan atau persepsi, malah menambah kecurigaan rakyat. Jawapan dan penjelasan nampak direka, hanya mejustifikasi wang tersebut.
3. Semasa The Wall Street Journal melaporkan berkaitan USD700juta (RM2.6bilion) pada 2 Julai bahawa wang tersebut di masukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, bukan sahaja AYT yang beranggapan bahawa adalah sesuatu yang tidak masuk akal atau perbuatan bodoh seseorang Perdana Menteri memasukkan wang yang begitu banyak dalam akaun beliau, kerana wang sejumlah itu merupakan 5200 Tahun gaji Perdana Menteri, akan tetapi ramai juga pemimpin BN beranggapan demikian, antaranya MP Kalabakan Sabah- Datuk Abdul Ghafur Salleh.
4. Malah pada awal pendedahan wang tersebut ramai pemimpin yang berhujah menggunakan landasan agama, dengan mengambilkira cara menderma dalam islam- tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahui. Namun selepas SPRM mengesahkan memang wang sejumlah RM2.6bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri namun wang tersebut bukannya wang 1MDB sebaliknya wang penderma arab daripada Timur Tengah. Melalui pendedahan tersebut akhirnya banyak mulut ternganga macam bermimpi.
5. Ekoran kenyataan SPRM itu, maka ramailah pemimpin yang menyokong DS Najib Razak, antaranya yang paling ke depan adalah Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan- Datuk Abdul Rahman Dahlan, memberi alasan untuk mejustifikasikan wang tersebut, dengan mengatakan adalah LEBIH SELAMAT jika derma kepada PARTI disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.
6. Ekoran kenyataan Rahman tersebut mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad menulis di blog beliau, adalah tidak lajim sumbangan kepada parti disalurkan ke akaun peribadi, melainkan jika ada sumbangan maka dimasukkan ke dalam akaun amanah, di mana Presiden Parti merupakan salah seorang daripada pemegang amanah. Malah Tun Mahathir menulis pengalaman beliau tahun 1969, apabila menerima wang parti sebanyak RM20ribu dan memasukkan ke akaun beliau, dan wang itu dikeluarkan melalui cek, namun beliau terpaksa membayar denda oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan terpaksa membayar lebih RM100 ribu, kerana didakwa tidak mengistiharkan pendapatan kepada LHDN.
7. Kecelaruan berkaitan RM2.6bilion yang cuba dijelaskan oleh penyokong DS Najib, antara alasan yang dikemukakan bahawa pemberian derma tersebut, kononnya untuk melawan sumbangan yahudi kepada DAP, untuk melawan ISIS dan untuk mempertahan mahazab Sunni melawan syiah, bukan sahaja menggamit berbagai persepsi malah mengundang lebih banyak persoalan.
8. Berikutan berbagai jawapan dan penjelasan yang diberikan oleh pihak lain berkaitan RM2.6bilion, yang dianggap sebagai menjustifikasikan wang itu, kenampakan sangat bagaimana jawapan yang flip flop, sehingga ada yang beranggapan sesuatu yang bohong diketahui melalui jawapan-jawapan yang diberikan.
9. Ada Menteri persekutuan mencadangkan kepada Perdana Menteri agar menjawab sendiri berkaitan wang derma tersebut, dengan saranan memperinci penggunaan wang tersebut, kerana jawapan seumpama itu, boleh menjawab "once for all" berkaitan wang itu. Malah Menteri itu menyarankan agar DS Najib bersumpah, seperti mana beliau lakukan semasa dikaitkan dengan Altantuya Shaaribu. Apa kah jawapan Perdana Menteri itu diterima rakyat, bukan penting, kerana ianya tergantung kepada Allah Subhanawata'alla.
10. Selagi Perdana Menteri membiarkan persoalan berkaitan Wang Rm2.6bilion kepada para pemimpin yang menyokong dan mempertahan beliau, selagi itu persepsi negatif akan terus mengunung, kerana sebarang jawapan daripada pihak lain, bukan boleh menjawab, sebaliknya mengundang pertanyaan lain.
11. Kini bukan sahaja rakyat jelata curiga kepada Perdana Menteri, malah ahli-ahli dan Pemimpin Umno sendiri. Kecurigaan para ahli Umno dicerminkan melalui persidangan di beberapa bahagian Umno, malah ramai yang berteus terang membuat usul, agar DS Najib Razak dengan segera melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, jika masih sayangkan parti dan kerajaan BN.
12. Tindakan majoriti senyap tidak boleh dibendung. Pengalaman Parti Berjaya Tahun 1985 di Sabah, kerana tindakan majoriti senyap, parti yang berdepan dengan PRU dengan kerusi 45 daripada 48, hanya mampu menang 6 kerusi selepas keputusan pilihanraya diumumkan, malah Ketua Menteri termasuk yang hanyut.
13. AYT bukan pakar sangat berkaitan politik negara, namun AYT berhujah berasaskan kepada pendapat rakyat biasa, malah kini di tambah dengan pendapat media sosial. Perlu diakui, bahawa jika dilihat daripada media sosial, DS Najib sebenarnya hanya merupakan Perdana Menteri yang berkuasa kerana bergayut kepada kuasa yang ada, dan jika PRU diadakan sekarang, Parti BN perlu akur sebagai parti pembangkang dalam Dewan rakyat.
5 comments:
#pecatJibby
#selamatkanUmno
#pecatJibby
#selamatkanUmno
#pecatJibby
#selamatkanUmno
Amat perpatutan yang di nyatakan AYT, tidak lain dan tidak bukan, kalau PM, sendiri jelaskan, jgn membiarkan macai 2, mem pertahan atau menjelaskan, saya rasa issues begini sempat diselesaikan. Tapi nak kata perpatah "nasi sudah menjadi bubur" dan juga "terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan dan cakap payah diperbaiki". Itu lah akibat nya, raayat bukan bodoh!..tak saperti tan Sri, bahagian, cawangan, brim, dan lain 2' yang raayat tidak tahu. Alhamdullilah thank you to "whistle blower".
Ye betul...malangnyer masih x sedar diri....
Post a Comment