1. Tiada parti poiltik boleh berfungsi, tanpa kewangan. Di Malaysia, antara penyumbang kemenangan sesebuah parti dalam pilihanraya adalah dana. Bayangkan daripada segi penyediaan bendera, banting, baju-baju, poster-poster, jentera, semua perlu wang.
2. Ada parti politik berselindung kepada majlis makan, ceramah politik kononnya untuk mendapat dana, namun disebalik itu, ada syarikat-syarikat besar atau taikon-taikon tertentu berada di belakang mereka.
3. Pilihanraya bagi taikon-taikon seperti berjudi, masing-masing memasang kuda pertaruhan.
4. Di Malaysia belum ada satu peraturanpun yang meregulasi dana politik, atas sebab itu, tidak memerlukan sesebuah parti atau kumpulan parti mendedah berapa sumbangan atau siapa penyumbang.
5. Namun, akhir-akhir ini, tiba-tiba dana politik pula jadi isu besar, mengapa? kerana DS Najib Razak mendapat sumbangan besar daripada dermawan arab yang tidak mahu dikenali.
6. Bukan sahaja pihak pembangkang mahu pejelasan berkaitan derma tersebut, malah para pemimpin Umno sendiri, malah ada pemimpin Umno yang bertaraf Menteri Besar membuat kenyataan, tidak selesa berkaitan sumbangan tersebut.
7. Mengapa ramai sangat pemimpin parti merasa tidak selesa berkaitan sumbangan sebesar RM2.6bilion, hanya kerana wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, kerana tindakan itu tidak lajim dilakukan.
8. Oleh kerana menyimpan wang parti dalam akaun peribadi tidak lajim dilakukan, maka dibuat hujah, bahawa adalah selamat jika wang parti disalurkan ke dalam akaun presiden.
9. Alasan mengapa wang lebih selamat jika dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden-antara lain pengelaman masa lampau. Tun Dr Mahathir Mohammad semasa melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno, hanya mampu menyerahkan wang tunai RM200juta, manakala harta parti hanya bernilai RM1.2bilion. Benarkah Umno hanya mempunyai tunai RM200juta?? atau hanya punya harta RM1.2bilion??
10. Ahli parti berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana memberitahu jumlah dana dan harta yang diserahkan kepada pengganti beliau- Tun Ahmad Abdullah Badawi, namun tidak diketahui pula berapa yang diserahkan kepada DS Najib Razak pada 3 April 2009? mungkin sahaja kosong!!!! atau ???
11. Pada PRU-12 (Tahun 2008), BN kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat, empat negeri jatuh ke tangan pembangkang selain Kelantan. Sebabnya, BN tidak mempunyai dana yang cukup dalam pilihanraya tersebut.
12. Pada PRU-13, parti-parti pembangkang cukup yakin akan menumpaskan Bn, sehingga satu hari Anwar Ibrahim semasa melawat Sabah- Tanya Sama Najib kenapa goyang? Sebab Sabah bakal hilang!!!!.
13. Parti pembangkang, cukup terkejut, apabila pada PRU-13, BN dapat menggerakan jenteranya pada tahap maksimum. Sepertimana diketahui, keputusan PRU-13, walaupun BN hanya mendapat 47 peratus undi popular akan tetapi memenangi 133 kerusi luar bandar dan spra bandar, malah di seluruh negara hanya dua ibu negeri dimenangi BN-iaitu Johor Baharu dan Kangar. Cuba bayangkan jika BN tidak mendapat dana??? atau Umno tidak mendapat dana??? para ahli Umno sekarang hanya boleh berputih mata sepertimana Di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
14. Hanya kerana dana politik yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, sehingga ahli parti terlupa menggunakan akal rasional, turut ikut permainan pembangkang, sehingga menjadikan Presiden Parti dan Perdana Menteri sebagai musuh.
15. Para ahli parti tidak merungkai kebaikan yang di bawah DS Najib sejak menjadi Perdana Menteri, misalnya dalam membawa pelabur langsung luar negara (FDI), 2009-RM5.1bilion, 2010-RM29.183bilion, 2011-RM37.325bilion, 2012-RM31.118bilion, 2013-RM38.8bilion dan 2014-RM39.6bilion, sementara GDP tahun 2009-RM400bilion dan pada hari ini mencecah RM700bilion, manakala reserve Bank Negara tahun 2009-USD30bilion pada hari ini USD100bilion.
16. Rakyat Sabah dan Sarawak telah melihat lonjakan berbagai sektor semasa DS Najib menjadi Perdana Menteri, selain bantuan kepada dua negeri tersebut belum pernah berlaku sejak setengah abad yang lalu.
17. Mungkin separuh daripada rakyat Semenanjung tidak menyukai DS Najib, kerana sudah termakan hasutan dan persepsi, selain itu, mereka sudah merupakan rakyat yang tidak perlu dibela, kerana memiliki segala-galanya. Namun, rakyat Sabah dan Sarawak akan tetap berdiri teguh di belakang DS Najib, kerana sudah terbukti Perdana Menteri itu membela rakyat dua negeri tersebut.
18. Usaha pihak tertentu mensensasikan dana politik yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, tidak akan mempengaruhi majoriti rakyat Sabah dan Sarawak. Sayang sungguh, Sabah dan Sarawak hanya mempunyai 56+1 kerusi Parlimen daripada 222 jumlah kerusi parlimen keseluruhan, jika tidak DS Najib akan mudah mempertahankan Putrajaya.
3 comments:
Yang dipersoal tu dana politik atau dana yang masuk akaun peribadi???
tolong jadi manusia yang waras dan islam!!!
siapa yg persoalkan dana politik??ni masalahnya bila blogger pn xtau isu apa yg dipersoalkan oleh rakyat!!dengar cerita dedak dah turun..
siapa yg persoalkan dana politik??ni masalahnya bila blogger pn xtau isu apa yg dipersoalkan oleh rakyat!!dengar cerita dedak dah turun..
Post a Comment