1. Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Zahid Hamidi mengingatkan para pemimpin, bahawa mereka kena bermuhasabah dan perlu ingat siapa yang menyokong mereka menjadi pemimpin, kerana kegagalan sesebuah parti atau organisasi atas sebab pemimpin yang dipilih melupakan siapa yang menyokong mereka. "Yakinlah tiada siapa yang boleh menyokong kita menjadi pemimpin, kecuali oleh penyokong setia kita"
2. Ujian akan datang jika para pemimpin yang diberi amanah oleh penyokong, kemudian melupakan mereka yang menyokong. Untuk itu, Zahid mengesa, agar semua pemimpin agar bermuhasabah diri dan kembali kepada janji-janji mereka sebelum menjadi pemimpin. Beri perhatian dan bela lah mereka yang menyokong, kerana melalui mereka lah seseorang menjadi pemimpin.
3. Nasihat Timbalan Perdana Menteri diluahkan semasa merasmikan Persidangan Bahagian Hulu Terengganu pada Jumaat bertempat di Dewan Akademi Binaan Malaysia, Hulu Terengganu.
4. Dalam perkembangan yang sama, Zahid mengingatkan ahli Umno agar terus menyokong ketua, kerana kesetiaan dan sokongan kepada ketua akan bermakna jika ketua yang berdepan dengan berbagai cabaran terus disokong agar dapat mengembalikan kekuatan demi parti tercinta.
6 comments:
Bloggers Putra Merdeka, Celah Gelegar, Outside The Box, Kluangdiamond and Din Turtle menanam sikap membenci Najib keterlaluan. 24jam tanpa henti mereka menjana topik entry hanyalah menghentam Najib dan apa2 yg kaitan dengan Najib.Tidak pula mereka menyerang musuh politik sebenar?
Diperhatikan Meloyakini.com ejen perang saraf PR pun ada selang seli jugak topik serang BN, tapi ini cukup dahsyat punya bloggers..serang PM sendiri. andai kata ini semua blogger Muslim.. ingatlah setiap berita dan hasutan yang berbentuk fitnah, adu domba, membenci pemerintah (bukan membetulkan) pasti akan dibalas oleh Allah SWT dgn dosa dan balasan buruk.
Alasan Najib rasuah, bodoh ke, seleweng ke bukan menghalalkan kita untuk 'berbunuh' sesama sendiri Dalam Islam mencegah mungkar atau nak betulkan pemimpin ada metod tersendiri bukan ikut metod iblis.
Setiap hari konsisten blog ini dan rakan2nya menghasut pembaca benci Najib..itu sahaja 'perjuangan' kumpulan ini sedangkan bergayut di bawah blogger pro-BN? Seolah2 tidak takut dosa, kbencian dan fitnah dijanakan setiap masa disebar seluruh jaringan internet.. apakah itu akan mengubah Najib atau memberikan kemenangan yang diberkati?
Ingatlah korang.. yang berdosa tetap berdosa, tak kiralah PM atau blogger nyamuk macam korang, cuma akibat kerja korang umat jadi rosak, jahanam kesatuan, bukan nak betulkan manusia tapi mengajak manusia jadi Iblis juga.
Stau sahaja aku nk beritahu, balasan Allah SWT ini Maha Luas bg manusia yang angkuh.. korang ada bini, anak2, ada saudara, kdg2 kalau masih sombong angkuh buat kerja2 lahanat, Allah boleh balas pada anak2 korang, cucu, mcm2 bentuk yg sgt menyayat hati..kdg2 akan tertanya.. 'apakah dosa aku dibalas ini..ini.." ya skrg ligat satu masa pasti akan kena
cukup2lah.. kalau nk serang sgt Najib declare siap2 join GHB atau fan DAP atau PKR atau juga buat circle kumpulan Tun Mahathir. itu shj.. jangan pecah belahkan Melayu Islam yg serba pecah dan suka berperang ini.. Takkan berjaya apa2 dengan perjuangan meniru tingkah laku kafir dan iblis melainkan kerosakan demi kerosakan
Walllahualam
Nasihat Petang Jumaat. Dari Hamba Allah Ta'ala.
Sama2 mengingati diriku jua.
Bro, tolonglah nasihatkan najib supaya meletak jawatan. Demi kebaikan UMNO dan negara.
Pembangkang hanya akan serang BN hanya kalau BN ketua yang amanah dan berintegriti, 2 ciri yg sudah 'tiada' pada najib.
Setuju, kecuali para 4. Ada kah kita semua digalakkan oleh TPM untok menjadi Hang Tuah - setia membabi buta dan tidak bertempat? Ada kah pepatah 'pantang Melayu menderhaka masih 'relevant'
dengan isu kritikal yang bertali arus yang melanda pemimpin sekarang? Kalau tiada langkah drastik dibuat - dan ini lah yang sukarnya - UMNO akan berdepan dengan ketidak pastian dalam berdepan dengan PRU14. Saya bertanya dengan ikhlas dan jujur pada diri sendiri. Mampu kah UMNO
mempertahankan 88 kerusi Parlimen yang ada jika skandal skandal yang tidak terungkai ini akan terus berkekalan sehingga 2018?
Anon 17.47 tepat
Sudah semestinya PRU akan datang menjadi begitu sukar utk UMNOpertahankan kerana terlalu banyak peluru dan bom dan serta nuklearkan yg akan disasarkan kpd UMNO dan silap2 hari parti komponen BN akan meninggalkan UMNO keseorangan.
Saya setuju dengan komen 16.45. Pendapat saya x de isu besar dengan 1MDB kecuali masalah kecairannya yg boleh diatasi. Ia juga menjurus kepada projek2 yg menjana pendapatan kepada rakyat. RM42 bilion x hilang kerana dah dibelikan aset rm51 bilion. Fasal rm2.6 bilion pun bukan duit 1MDB dan bukan rakyat rakyat. Rakyat x rugi apa pun sebaliknya ada hasil dan menfaatnya, contohnya jentera UMNO dapat digerakkan dengan wang tersebut. Apabila apa yg dibangkitkan x de isu, Tun dan kuncu2 spin pulak perkara lain. Jadi apa yg Tun dan kuncu2nya nak x de lain selain dari menunjukkan niat hati yg x baik (busuk hati)? Najib bukan manusia sempurna tapi isu yg dibangkitkan berpaksi kepada fitnah semata2, jelas menunjukkan kebobrokan pemikiran mereka yg terlibat itu.
Post a Comment