1. Darul Ihsan Investment Group (DEIG) sebuah syarikat RM2 tetapi diberi RM30 bilion harta Menteri Besar Selangor Incorpoated (MBI). Semua harta MBI adalah harta rakyat Selangor. Namun pemimpin pembangkang seperti Tony Pua, Rafizi Ramli, Lim Kit Siang tidak bising, kerana ianya melibatkan pemimpin mereka. Namun berkenaan wang RM2.6bilion duit sumbangan penderma budiman daripada Timur Tengah, semua lapisan pembangkang bagaikan burung murai, siang malang merancau. Apa yang malang, ada juga pemimpin Umno dan pegawai kerajaan menjadi petualang, mendedahkan wang tersebut dan menokok tambah sebagai wang rasuah.
2. Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Zahid Hamidi telah mengesahkan telah berjumpa sendiri dengan penderma budiman tersebut. Melalui perjumpaan itu, terdedah bahawa bukan sahaja DS Najib Razak mendapat derma sedemikian, malah ramai lagi pemimpin islam di dunia. Pemberian derma tersebut tanpa syarat, ianya hanya berupa sokongan kepada parti-parti dan pemimpin yang bersesuaian dengan fahaman penderma tersebut.
3. Menurut penderma tersebut sepertimana didedahkan Zahid bertujuan mengimbangi gerakan penderma Yahudi di seluruh dunia yang menaja parti-parti atau kumpulan tertentu untuk merampas pemerintahan di negara-negara yang dipimpin oleh orang islam.
4. Memang melalui pendedahan yang dilakukan oleh petualang kepada DS Najib Razak dan Kerajaan tidak menyedari bahawa mereka-mereka itu terperangkap permainan pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin islam seperti mana yang berlaku di Timur Tengah seperti Tunisia, Mesir dan Libya.
5. Jika pembangkang atau rakyat yang mahu sesuatu yang telus dan adil, maka seharusnya mereka mempertikai atau mempersoal berkaitan harta MBI yang berjumlah RM30bilion yang dipindahkan kepada satu syarikat RM2 yang dikuasai oleh dua orang yang tidak dikenal, kerana dua orang itu tidak boleh dipersoalkan oleh pengurusan MBI, kerana tidak mempunyai ikatan tanggungjawab dengan kerajaan negeri. Tindakan seperti itu, adalah usaha Kerajaan Negeri dan Pakatan Rakyat untuk menggunakan wang rakyat bagi berdepan dengan PRU-14 akan datang. Oleh kerana harta MBI dipindahkan ke Syarikat RM2 dan hanya dikuasai oleh 2 orang, maka mudah sangat mengeluarkan dana tanpa melalui proses yang panjang.
No comments:
Post a Comment