1. Niat Bersih mahu tumbang pemimpin melayu. Niat Bersih memalitkan kepimpinan melayu dengan berbagai keburukan. Niat Berish mengumumkan kepada dunia, bahawa pemimpin melayu bobrok. Niat Bersih mahu menunjukkan kepada dunia tidak mampu mentadbir negara.
2. Siapa dalang Bersih? mereka terdiri daripada kumpulan radikal yang menghalalkan cara. Mereka terdiri daripada agent barat yang berjuang ke sama rataan antara manusia. Mereka berselindung di bawah hak asasi manusia, namun mahu mencapai tujuan dengan cara kekerasan, cara jalanan, bercanggah dengan prinsip demokrasi. Mereka kononnya bertindak berasaskan kebebasan bersuara, melalui pelanggaran undang-undang sesebuah negara.
3. Perjuangan mereka bukan berlandaskan demokrasi, bukan berlandaskan demokrasi berparlimen. Mereka mahu mengheret rakyat bertindak ganas, mereka menghasut rakyat agar melawan dan seterusnya menumbang kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
4. Melalui pilihanraya, rakyat menolak mereka, meskipun mereka cuba memperdaya rakyat dengan tipu helah, memperdaya rakyat dengan pembohongan, namun mereka tetap gagal, kerana niat mereka kotor, walaupun meminjam perkataan bersih.
5. Niat mereka mahu mengwujudkan kerajaan yang diletakkan oleh kuasa jalanan, bukan kuasa rakyat. Mereka mengupah rakyat untuk ikut serta tindakan mereka melalui dana yang diberikan oleh agen asing, bagi menumbangkan kerajaan pilihan rakyat, kerajaan yang dipimpin melayu.
6. Mereka telah mencuba sebanyak 3 kali, ketiga-tiganya diketuai oleh Anwar Ibrahim, pemimpin yang dua kali dimasukkan dalam penjara kerana masalah moral.
7. Kali ini, Bersih4.0 tanpa Anwar, tetapi diketuai oleh pemimpin radikal lain Lim Kit Siang. Apa kah akan mendapat sambutan? mungkin ya kerana dana untuk menggerakan Bersih4.0 sudah jutaan ringgit.
8. Yakinlah Berish merupakan satu entiti perniagaan yang digunakan untuk mendapatkan kuasa.
4 comments:
Rasanya BERSIH hanya mahukan isu 5 perkara itu dilaksanakan dengan telus diMalaysia, bukan soal nak tumbangkan Kerajaan atau memalitkan pemimpin Melayu dengan keaiban. Kalau Karajaan dan pemimpin tidak ada cacat celanya, apa yang nak ditakutkan sangat dengan demonstrasi sebegini? Tidak ada istilah Kerajaan kuasa jalanan, tapi Kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses undi. Orang yang menyertai BERSIH bukan hanya orang Cina, tapi Melayu, India dan juga bangsa bangsa yang lain. Mereka mahu berdemo secara aman, biarkan saja lah. Ini ada pula kumpulan anti BERSIH lain yang rata rata orang Melayu yang siap dengan demo pukul bata dan kayu dikepala untuk gempur kumpulan BERSIH. Kerajaan akan huru hara kalau mereka takut dengan bayang bayang sendiri. Kena muhasabah diri. Benar kah Kerajaan yang dibawah kepimpinan PM Najib sekarang ini tidak ada masalah?

Kalau itulah objektifnya, tak perlulah nak buat di Dataran Merdeka. Buatlah di Stadium Shah Alam atau Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang. Kalau masih nak di KL jugak, buatlah di Bukit Bintang, sekitar Plaza Low Yat.
Kalau di Dataran Merdeka, mengganggu banyak pihak - orang ramai, peniaga, pelancong dan operator kenderaan awam. Persediaan sambutan Hari Kemerdekaan juga sedang dibuat di sana. Cuba fikir sedikit.
Satu lagi, cuba belajar mematuhi undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman. Penganjur ini tidak memenuhi syarat untuk mendapatkan kebenaran dari PBT. Sudah tentu perhimpunan ini salah. Sangat wajarlah pihak berkuasa mengambil tindakan pencegahan. Jangan tunggu sehingga nasi membubur.
Kalau di Singapura, perkara seperti ini tidak akan berlaku. Dalang penganjur cuba membina budaya baharu iaitu menukar kerajaan melalui jalanraya, seperti yang berlaku di beberapa negara jiran. Ini semua tidak baik walaupun tujuan asal perhimpunan adalah baik untuk mempromosi keadilan. Tetapi, sedar atau tidak, acara seperti ini telah dan sering di "hijack" oleh pakatan parti politik haluan kiri yang pemimpin-pemimpinnya boleh dikaitkan dengan fahaman komunisma dan agen zionis musuh Islam.
2.6 billion tu bukan sikit.. senang je Malaysian ni ditipu.. kaitkan je dgn perkauman atau zionis, dah settle Dan dapat balik support
Post a Comment