Thursday, August 27, 2015

Bersih Mahu Rampas Kuasa

1. Matalamat utama Berish adalah untuk merampas kuasa melalui demonstarsi jalanan. Penganjur yang didalangi parti pembangkang dan negara asing mahu melantik kerajaan yang disokong kekerasan bukan oleh rakyat melalui peti undi.

2. Mereka mahu merampas kuasa kerajaan bumiputera dengan menggantikan dengan kerajaan boneka, meskipun Perdana Menteri adalah orang melayu, akan tetapi perlu ikut permainan dalang, seperti mana Nizar Jamaluddin semasa menjadi Menteri Perak selepas PRU-12.

3. Mereka melihat "kejayaan" demonstrasi Hindraff tahun 2007, kerana demonstrasi tersebut maka ramai pemimpin india dilantik ke dalam kabinet, banyak peruntukan diberikan kepada sekolah-sekolah tamil, banyak peruntukan diberikan kepada kaum india. Demikian juga kepada kaum cina, dengan mengurangkan perhatian kepada kaum mijoriti bumiputera.

4. Mereka menganggap adalah satu kejayaan bagi mereka apabila Kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah hampir berjaya menghapuskan akta sediton 1948.

5. Kini mereka mengambil peluang dengan berbagai skandal didepani Perdana Menteri, DS Najib Razak dan menggerakan Berish4.0 untuk mendesak Perdana Menteri tersebut meletakkan jawatan, jikapun gagal mereka kononnya menunjukkan bahawa rakyat dibelakang mereka membenci Perdana Menteri. 

6. Mereka membawa misi Selamatkan Malaysia daripada cengkaman DS Najib, kerana menurut mereka, PM ke 6 itu merupakan pembawa malahpetaka kepada negara.

7. Berbagai keadaan di luar kawalan perdana Menteri seperti kenaikan harga barangan, menjunamnya harga pasaran saham, menurunnya nilai ringgit, menurunnya harga minyak, semunya dipalitkan kepada Perdana Menteri.

8. Mereka juga mengambil peluang berkaitan kemelut 1MDB dan wang derma RM2.6bilion untuk mmemberi gambaran negatif kepada Perdana Menteri, agar supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan.

2 comments:

Anonymous said...

BERSIH mampu rampas kuasa Kerajaan yang ada sekarang? Tak mungkin. Tak kira lah Kerajaann atau tangan ghaib mana pun dibelakang dan menyokong mereka. PM Najib hanya perlu menangkis serangan demi serangan terhadap kredibilitinya dengan bersikap jujur dan telus. Kalau duit itu betul betul derma, tunjukkan buktinya. Ini tidak. Para menterinya masing masing ada idea berbeza dan penjelasan sendiri. Dia pula sentiasa mengelak. Keadaan ini sangat meloyakan. Yang merisaukan ialah bila orang Melayu menyedari bahawa mereka diperbodohkan hidup hidup oleh pemimpin, ini 1000 kali lebih bahaya dari demonstrasi jalanan BERSIH.

jgn jadi bodoh!!! said...

jatuhkan kerajaan??sepatutnya boleh tangkap pakai ISA!! Cari dalang yg mansuhkan ISA??Cari dalang yg beria2 konon nk tunjuk terbuka luluskan akta perhimpunan Aman 2012??

#pecatJibby

Blog Archive