1. Satu persoalan besar bagaimana Sarawak reports dapat maklumat akaun peribadi Perdana Menteri? Pihak yang mempunyai akses terhadap akaun tersebut adalah para pegawai AmBank atau SPRM, kerana Bank Negara sudah membuat kenyataan melalui Gabenor bank tersebut, bahawa AmBank tidak membuat laporan berkaitan wang tersebut pada Bank Negara.
2. Pada 2 Julai The Wall Street Journal telah membuat laporan berkaitan wang yang dimasukan ke akaun Perdana Menteri, sedangkan sejak wang itu disalurkan ke akaun DS Najib pada 13 dan 25 Mac 2013, kurang sebulan sebelum pembubaran Parlimen untuk membolehkan PRU-13 diadakan, tiada desas desus atau laporan mengenainya. Hanya kerana dtubuhkan Pasukan Khas bagi menyiasat 1MDB, maka keluarlah maklumat tersebut.
3. Pihak-pihak tertentu, memang mahu mensabitkan Perdana Menteri berkaitan kemelut 1MDB, atas sebab itu satu draf palsu telah direka sebagai alat untuk mendakwa Perdana Menteri, namun sebelum ianya diserahkan ianya berjaya dipintas, di mana akhirnya draf tersebut sebenarnya draf palsu, kerana ianya bukan draf lajim yang dibuat oleh pihak Jabatan Peguam negara. Jika Perdana Menteri tidak bertindak awal, kemudian draf pertuduhan tersebut berjaya dikemukakan kepada Mahkamah, sudah pasti, DS Najib perlu meletakkan jawatan.
4. Berkaitan dengan wang sumbangan yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri yang berjumlah USD700milion, kemudian kononnya, USD650milion di bawah keluar sepertimana laporan Sarawak Reports, ianya bertujuan untuk mengumpul persepsi negatif kepada Perdana Menteri, agar supaya rakyat percaya, bahawa wang tersebut bukan kegunaan parti, namun kegunaan peribadi Perdana Menteri.
5. Laporan Sarawak reports pada 14 Ogos, seolah-olah wang sumbangan USD650 milion tidak digunakan bagi kos jentera pilihanraya Barisan Nasional atau Umno akan tetapi membawa pengertian, bahawa wang tersebut akan digunakan secara peribadi oleh Perdana Menteri.
6. SR mensensaikan lagi berkaitan wang USD650milion, kononnya selepas dimasukkan semula ke Tanaore Financial di Singapura, akaun bank tersebut telah ditutup pada April 2014. Melalui dakwaan ini, maka timbul lagi satu persepsi ke mana wang itu disalurkan? sedangkan pada masa yang sama portal itu mendakwa, kononnya akaun tersebut dibekukan oleh kerajaan Singapura. Terlihat benar, laporan SR itu hanya satu laporan rekaan dan mengada-ada atau fitnah.
7.Mengapa SR boleh berbuat demikian? kerana tiadanya penjelasan berkaitan USD700milion (RM2.6bilion) daripada DS Najib sendiri. Jika adanya penjelasan berkaitan penggunaan wang tersebut, sudah tentu, SR tidak akan boleh merekayasa cerita karut.
8. Tugas utama DS Najib sekarang adalah memberitahu ke mana wang tersebut digunakan, melalui penjelasan tersebut, maka tiada lagi pihak-pihak yang boleh mendakwa berkaitan wang tersebut, termasuk Mantan Timbalan Perdana Menteri- TSMY dan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.
9. Jika benar, memang wang itu diagih-agihkan kepada parti-parti barsian nasional dan NGO mesra UBN, maka nyatakan, untuk menoktahkan berkaitan wang tersebut.
10. Pada masa ini, mencari siapa yang membocorkan maklumat akaun peribadi Perdana Menteri, sudah menjadi sejarah, kerana ianya sudah disahkan bahawa memang benar, sejumlah wang telah dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.
11. Damage has been done. Untuk menghilangkan persepsi, hanya satu tindakan, jelaskan kemana wang RM2.6bilion tersebut.
6 comments:
hahahaha.....funny article.
Tak boleh didedahkan sebab ianya akan menyalahi Akta Pilihanraya. Pembangkang membelanjakan RM500 juta untuk PRU13 dengan menggunakan cash. Rasanya DS Najib pun begitu juga.
Lebih baik orang2 Melayu bersatu dari mengungkit sesuatu yang boleh membunuh diri sendiri. Apabila Guan Eng memerintah Penang dia lebih rakus dari BN. Setiap kelulusan rezoning, pembangunan (DO) dan juga kerja yang di "award" kepada kontraktor mesti beri komisyen kepadanya antara (3 - 5%). Dia menjadi pengerusi untuk Land Comittee (dahulunya UMNO) dan Exco . Jadi dia yang rekomen, dia yang luluskan untuk rezoning dan DO. Bagi award kerja2 contract pula dia menjadi pengerusi untuk Lembaga Tawaran (dahulunya State secretary) bagi PDC dan PBA. Projek kerajaan negeri melalui JKR dan JPS pun perlu mendapat green light darinya sebelum award.
Umno sudah nazak,bukan kerana lawannya kuat,tapi kerana perangai orang Umno sendiri yg suka bercakaran dan tikam menikam sesama mereka.Apakah ini cara mahu mengukuhkan Umno?.Dari mana orang Umno termasuklah MKutty,M'din dan ah jib sendiri belajar cara seperti ini boleh mengukuhkan Umno?.Saya mengangap semuanya sudah gila,kerana di kuasai nafsu mabuk kuasa dan gila kuasa.Dalam fikiran mereka bukan kepentingan bangsa dan ugama lagi,tapi kepentingan pribadi semata.None of them got my respect any more.Go to hell Ah Jib,go to all of you, and to M Kutty you are the worst among the worst busuk hati yg teramat sangat,dan punca segala masalah dalam umno dulu,kini dan selamanya,as long as you are arround.
nak betul persepsi mcm mana klu dah PEMBOHONG!!Klu nak cerita hal2 bangsat lain kata fitnah bagai!! tapi yang PASTI kita mmpnyai PM yg tidak berkualiti!!
#pecatJibbyBukanUMNO
Kat mana yang dikatakan laporan WSJ dan SR yang tak betul...dah terbukti acc ada..duit pun dah masuk....admin pun masyuk ker...
Hahahah... admin ni pun macai laa.Kenapa kalau yg kes lain, disyaki je terus kena cekup x kira pegawai gomen etc.Smua dah kena beli
Post a Comment