1. Kekecewaan utama Dato Nazir Razak, apabila gagal mendapat kontrak mengurus penerbitan bon bagi maksud mengurus pinjaman bagi pihak 1MDB, sebaliknya Lembaga Pengarah syarikat itu memilih Goldman Sach.
2. Jika, 1MDB dibubarkan (liquidate), CIMB yang diwakili Nazir, adalah pihak pertama atau pihak yang mendapat prioriti utama untuk mendapatkan sebarang kepentingan kewangan, sebelum pihak-pihak lain, kerana bank tersebut berperanaan sebagai "liquidator".
3. Kenyataan Nazir di Singapura, agar lembaga pengarah 1MDB menjawab semua persoalan yang ditumbulkan atau meletakkan jawatan, merupakan satu kenyataan yang menghukum syarikat tersebut, sebelum Ketua Audit Negara mengemukakan laporan.
4. Kenyataan Nazir bersifat mengkambingkan hitamkan 1MDB, untuk mengelak kemelut yang berlaku pada cawangan bank tersebut di Indonesia. CIMB Indonesia, telah bersetuju mengambil tindakan perpisahan sukarela (vss/mss) dengan para pekerjanya, semata-mata kononnya untuk mengurangkan kos. Adalah biasa, jika sesuatu organiasi berdepan dengan perniagaan yang merundum, maka sebelum berlaku pembubaran, para pekerjalah yang menjadi mangsa pertama, kemudian diikuti "down sizing", jika tidak dapat menyelamatkan syarikat, maka tiada pilihan, syarikat itu dibubarkan atau dijual kepada pihak lain.
5. 1MDB yang mendapat liputan meluas daripada Sarawak reports, satu portal yang ditubuhkan untuk membuat fitnah berkala terhadap mantan Ketua Menteri Sarawak- Pehin Seri Taib Mahmud, telah mengalihkan misinya kepada 1MDB.
6. AYT pernah mengulas dan menilti berbagai laporan yang dibuat portal tersebut, khususnya berkaitan urusniaga antara PetroSaudi International (PSI) dan 1MDB, dan timbulnya syarikat yang dikawal Jho Low Good Star Ltd. Terbukti, laporan tersebut adalah laporan rekayasa dan pemalsuan dokumen, hanya bertujuan supaya 1MDB mendapat gambaran buruk.
7. Laporan negatif berhubungan 1MDB, termasuk laporan propaganda business times Singapura, kononnya enam konsortium berbagai bank, meminta 1MDB membayar hutang syarikat milik Kementerian Kewangan itu membayar sebelum tamat tempoh yang membabitkan pinjaman USD975 juta yang dipinjam pada September 2014, yang diketuai Deutsche Bank.
8. Laporan Ketua Audit Negara- Tan Sri Ambrin Buang, akan diketahui bulan depan. Melalui laporan tersebut, akan diketahui, punca-punca mengapa syarikat tersebut boleh mendapatkan pinjaman sehingga RM42bilion.
No comments:
Post a Comment