KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat bekas pembantunya dan hukuman penjara lima tahun dikekalkan atas kesalahan itu terus dipertikaikan penyokong Anwar termasuk menganggap ia sebagai satu konspirasi.
Satu persoalan kalau itu konspirasi, kunci penyelesaian untuk membongkar segala dakwaan tersebut kepada khalayak ramai adalah sampel ujian DNA milik Ketua Pembangkang itu.
Kalaulah betul Anwar berada di pihak yang benar (tidak bersalah) dan ini hanya satu konspirasi untuk menjatuhkannya, kenapa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak berani memberikan sampel DNA miliknya kepada mahkamah untuk diadili?.
Untuk merungkai sekiranya Anwar, keluarga, sahabat handai dan penyokongnya begitu yakin ini adalah satu konspirasi untuk jatuhkan beliau, cara yang paling berkesan dan baik untuk mendedahkan konspirasi tersebut adalah melalui DNA Anwar.
Jika meragui ujian DNA di negara ini, boleh sahaja DNA itu dibuat di makmal di luar Malaysia untuk dianalisis seperti di Eropah atau Amerika Syarikat yang lebih memberi keyakinan kepadanya.
Seterusnya, hasil DNA tersebut diserahkan kepada mahkamah untuk dihakimi secara profesional untuk membuktikan DNA yang dimiliki pendakwa (Mohd Saiful) bertentangan dengan DNA Anwar.
Jika terbukti DNA Anwar tidak sepadan dengan DNA yang digunapakai selama perbicaraan, maka ianya sekali gus menjadikan kes tersebut hancur dan mungkin kerajaan juga akan runtuh kerana orang akan beranggapan ini adalah bukti kepada konspirasi itu.
Semalam selepas sahaja Mahkamah Persekutuan membuat keputusan Ketua Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee menyatakan bahawa Anwar seolah tidak menggunakan peluang yang selama ini ada jika benar beliau tidak bersalah antaranya mengemukakan sampel DNA dan enggan bersumpah dengan al-Quran mengenai kejadian tersebut.
Keengganan Anwar untuk berbuat demikian secara jelas mengukuhkan lagi dakwaan Mohd Saiful bahawa insiden tersebut memang berlaku.
Ketidak sanggupan Anwar menyerahkan sampel DNA atas sebab Anwar memang melakukan perkara itu dan merasakan DNA yang ada pada pihak pendakwaraya adalah milik beliau dan dia memang melakukan benda ini (liwat) sepertimana yang disahkan atau diputuskan lima panel hakim di peringkat Mahkamah Persekutuan dan tiga panel hakim terdahulu (Mahkamah Rayuan).
3 comments:
TAKNAK SERAH DNA.
TAK NAK BERSUMPAH......... LAGI LAGI ....
Konspirasi jatuhkan rahim thamby chik, muhammad mat taib, ghafar baba dll dah tak ingat. Yang suka berkonspirasi akan menyebut tenttang konspirasi. Ingat orang lain sama dengan dirinya. Perjuangan rakyat sangatlah tu. Tuduh konspirasi tapi tak kemuka bukti boleh percaya pulak. Tuduhan jenayah lengkap dengan bukti tak mahu percaya.
Post a Comment