Monday, January 19, 2015

Apa Untungnya Menyerang Tun Daim?

Apa untungnya menyerang Tun Daim? Mengapa media yang dikawal Umno menyerang beliau? Mengapa blogger bukan "banggang" aka blogger upahan menyerang beliau? 

Daim adalah seorang pesara politik, yang tidak akan kehilangan apa-apa. Menyerang beliau, tidakpun berimpak positif kepada penyerang, malah negatif kepada boss penyerang.

Tun Daim hanya menegur cara Perdana Menteri mengurus ekonomi negara. Kini, teguran beliau itu benar-benar berlaku. Bajet 2015, terpaksa disemak semula atas sebab kejatuhan ringgit dan harga minyak. Malah komoditi utama negara seperti kelapa sawit terancam harga pasarannya. Jangan cakap pasal harga getah, sudah lama jatuh. Harga saham FGV sudah lama merundum.

Pembangkang sebelum ini cemburu sangat dengan kekayaan mantan Menteri Kewangan itu. Daim sebelum di bawa ke dalam kabinet sudah super kaya. Kekayaan beliau bukan kerana dilantik menteri, 

Daim punya rekod dua kali dilantik menteri kewangan. Setiap kali dilantik, beliau berkata akan memulihkan keadaan kewangan negara, selepas pulih, beliau sukarela melepaskan jawatan.

Semasa Daim Menteri Kewangan, apa sahaja yang terkeluar di mulut akan dianalisis, kerana kenyataan itu merupakan hala tuju perekonomian negara.

Apa yang muskil, Daim tidak pernah berkata sepatahpun berkaitan peribadi Perdana Menteri. Kenyataan beliau hanya soal-soal perjalanan ekonomi negara, ironinya teguran mantan Menteri Kewangan itu dianggap bernilai oleh rakyat berbanding tindakan dan kebijakan yang dilakukan pentadbiran Perdana Menteri.

Oleh kerana pembangkang dan pihak-pihak tertentu mahukan beliau disiasat sekali lagi oleh pihak SPRM, walaupun sejak tahun 1998 pernah disiasat kemudian "clean bill" kini beliau merasakan bahawa puak-puak dalam kerajaan telah sengkokol dengan Anwar Ibrahim, maka beliau membuat kenyataan sekali lagi, bersedia bila-bila masa disiasat.

Hari ini SPRM sudah mengesahkan, bahawa kenyataan daripada mantan Menteri kewangan itu sudah dibuat, badan itu sedang mengatur pertemuan dengan Anwar, untuk mengetahui apa maklumat atau dokumen yang ada pada mantan TPM itu.

Kini rakyat terbeliak mata, rupanya pihak-pihak tertentu di bawah pentadbiraan Peradana Menteri sudah lama berkerjasama dengan Anwar bagi menghentam atau membuka apa sahaja cerita berkaitan dengan mantan Menteri Kewangan itu.

Seperti tulisan awal pada artikel ini, Tun Daim nothing to lost, impak kepada beliau bagaikan menabur garam ke laut, akan tetapi impaknya jika sebarang dakwaan itu tidak benar akan terkena batang hidung Perdana Menteri.

Najib sangat rentan terhadap serangan balas, isu 1MDB, isu isterinya, isu main golfnya dengan Barack Obama semasa negara dilanda bencana, dan banyak lagi isu yang dipertaruhkan, sedangkan Daim tidak mempertaruhkan apa-apa. Seorang pesara yang hanya kadang-kadang speak his mind. 

Daimlah yang mengatakan sebelum PRU-12, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang akan dirampas pembangkang.

4 comments:

Anonymous said...

Daim dianggap orang yang paling berkuasa yang mampu membekalkan Anwar dengan modal baru kerana ramai fundernya sudah lari, ataupun paling berpengaruh yang mampu pull some strings dalam kes liwat Anwar. Tujuan Anwar buat kacau ialah agar Daim call beliau dan nego agar hentikan segala tuduhan, dan in exchange Daim perlu fund PKR ataupun do something so that Anwar tak perlu bercuti panjang di Sg Buloh. Inilah strategy Anwar everytime dia menyalak. Hakikatnya tuduhan2 ni dah disiasat oleh SPRM sendiri dan Anwar out of all the time, kbersungguh-sungguh untuk mengenakan Daim selepas hampir 17 tahun? Sebab ni lah dia menyalak Daim. Buat bodoh jer Tun, his days are limited, 3 months hakim2 punya judgment is almost up. Happy Holidays in sg buloh;)

Anonymous said...

You're absolutely right...tapi kenapa sampai sekarang si babi tua ni masih bebas..Sampai bila sistem kehakiman kita nak telus.

Anonymous said...

selagi ajib jadi pm selagi itulah ketum bebas berbuat apa saja..dua dua blue eyes boy orang putih..hhhh

Anonymous said...

anon 4.10..bukan blue eyes la tapi barua kut

Blog Archive