Monday, December 29, 2014

Kehilangan Airasia QZ8501- Apakah Hukum Karma?

APAKAH hukum karma berlaku? sebab selepas kehilangan MH370 pada 8 mac, pihak Airasia pernah berkata, tidak akan mungkin syarikat itu kehilangan pesawat seperti mana dialami MH370.

Kapten Iriyanto dikatakan pada jam 6.12 pagi selepas 42 minit di udara pada Ahad, 28 Disember meminta mengubah haluan dan mengubah ketinggian daripada 32,000 kaki kepada 38,000kaki. Permintaan mengubah haluan dipersetujui, namun mengubah ketinggan tidak diluluskan, atas sebab ada pesawat lain pada ketinggian yang sama.

Selepas komunikasi itu, lima minit kemudian, QZ8501 putus hubungan dengan ATC Jakarta, dan satu minit kemudiannya hilang di skrin radar (6.18 pagi).

Perkembangan terkini, dipercayai, pesawat itu berada di dasar laut, sebabnya SAR Indonesia telah ternampak dua kesan tompokan minyak di laut. Namun, tiada kepastian, apakah tompokan minyak itu berasal daripada Airbus A320-200 QZ8501 persawat yang hilang laluan Surabaya Singapura.

No comments:

Blog Archive