KINI mengampiri tempoh 72 jam, kehilangan pesawat Airasia QZ8501 laluan Surabaya Singapura dengan 162 termasuk 7 kru, telah ditemukan seripahan dan mayat yang dipercayai berasal daripada pesawat malang itu.
Seripahan itu dijumpai di Selat Karimata. Selat Karimata adalah selat luas yang menghubungkan Laut China Selatan dan Laut Jawa. Selat itu terletak di antara Pulau Sumatera dan Borneo.
Lebar selat itu sekitar 150 km apabila diukur dari Borneo hingga Pulau Belitung. Belitung dipisahkan dari Pulau Bangka Indoensia.
Pesawat QZ8501 hilang daripada radar ATC Jakarta pada jam 6.18 pagi 28 Disember lalu, dan hingga kini belum diketahui keadaan pesawat itu. Tanda-tanda bahawa pesawat itu terhempas, apabila dijumpai serpihan dan mayat seperti mana awal tulisan ini.
1 comment:
Ada kapalterbang hilang dilaut juga tapi takde serpihan langsung. Ada juga kpltrbang yang hilang tapi penumpangnya nya masih berlegar-legar.
Post a Comment