TIADA perkara baru dalam hujah peguam bela Anwar; atas sebab itu pendakwaraya yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yakin, mahkamah akan mensabitkan hukuman terhadap Anwar.
Dalam perkembangan yang sama, Shafee berkata, adalah hak mantan Hakim Persekutuan Gopal Sri Ram untuk mengwakili Anwar; pihak pendakwa tidak tiada bantahan.
Berasaskan hujah peguam Anwar, hampir sama dengan hujah mereka baik di mahkamah tinggi mahupun mahkamah rayuan, nampaknya Shafee yakin bahawa Mahkamah Persekutuan bukan sahaja mempertahankan hukuman Mahkamah Rayuan, akan tetapi akan menambahnya sesuai dengan seksyen 377B kanun keseksaaan yang membawa hukuman 20 tahun penjara dan sebatan.
Esok kemungkinan Muhammad Shafee akan mula berhujah dan akan selesai pada jumaat.
2 comments:
Kalau dah terbukti bersalah, yesssss hukuman kasi tambah lagi. Dah benci dan meluat sesangat dgn manusia gila dan ahli keluarga dia nie....
Salute Dato Shafei Abdullah....berani dan tegas.
Post a Comment