KETUA Bahagian Umno Pensiangan Datuk Abdul Ghani Yassin ditahan SPRM atas dakwaaan terlibat pecah Amanah (CBT) membabitkan RM 300 juta.
Pengesahan penahanan Ghani dinyatakan oleh Ketua Bahagian Umno Sepanggar Datuk Jumat Idris melalui posting melalui facebook beliau pada Selasa.
Difahamkan Ghani ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Khamis lepas.
Ghani sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi SLDB (Lembaga Pembangunan Tanah Sabah). Pengerusi SLDB pada masa kini adalah ADUN Pantai Manis- Datuk Rahim Ismail.
Ghani merupakan salah seorang daripada kumpulan 8 (G8) yang berjumpa dengan Perdana Menteri pada 10 Julai lalu bagi mencadangkan pelan pertukaran kempimpinan Sabah. Selain Ghani, Datuk Jumat Idris (Sepanggar), Wetrom Bahanda (Kota Marudu), John Ambrose (Penampang), Sairin Karno (Keningau), Rubin Balang (Tenom), sementara James Ratib (Beluran) dan Bolkiah Ismail (Kudat) mendakwa diperangkap/diperalat dalam pertemuan itu.
Jumat dalam posting beliau, mendakwa bahawa penahanan Ghani ada hubungan dengan dendam politik, kerana menurutnya fail-fail Umno Sepanggarpun sudah dipantau oleh pihak Jabatan Ketua Menteri.
Bagi AYT, SPRM adalah badan bebas, atas sebab itu bebas daripada pengaruh politik. Seseorang yang ditahan SPRM tidak semestinya bersalah, hanya mahkamah yang boleh menentukannya.
Sebelum inipun ramai pemimpin yang ditahan SPRM, malah telah dihadapkan di mahkamah, namun mahkamah melepaskan/membebaskan mereka kerana ketiadaan bukti kukuh untuk mensabitkan mereka. Antara pemimpin yang didakwa SPRM ke mahkanah adalah Tan Sri Kasitah Gadam (mantan Pengerusi SLDB) dan Datuk Saidin Thambi mantan exco Selangor.
1 comment:
sepatutnya siasatan dan penahanan beberapa pemimpin muda dalam UMNO sabah dilakukan sejak dahulu , realiti yg berlaku ialah, dalam semua pemilihan ketua bahagian ...duit adalah penentu !
seorang calon yg bertanding jika tidak punya duit yang kukuh, jangan harap untuk menang, perwakilan dan pemilih akan ditabur dengan duit, hotel mereka ditaja ..makan minum mereka di taja, minyak kereta ditaja, sesiapa calon yg mampu melakukanya pasti menang, ini hakikat yang berlaku di sabah !
dari mana mereka dapat duit sebanyak itu , seorang calon ketua bahagian mesti membelanjakan sekurang2nya Rm300 ribu - 4 ratus ribu untuk ini .
jika dari awal mereka sejijik itu , esok jika mereka menjadi menteri , bayangkan bagaimana parahnya permainan dan perangai mereka !
Post a Comment