Thursday, August 07, 2014

Apakah PKR Akan Pecat Khalid Ibrahim?

Tan Sri Khalid Bersama Mursidul Am Pas Dato Nik Aziz 
CARA Pengurusan Parti PKR bertindak terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim; memang parti itu mempunyai NIAT mahu memecat beliau daripada parti, dengan itu, PKR akan mendakwa bahawa beliau tidak layak lagi sebagai Menteri Besar Selangor.

Bermula dengan SURAT TUNJUK SEBAB, yang berisi bukan TUJUK SEBAB; kemudian mengedar SURAT YANG KONONNYA MEMPERINCI Salah laku Khalid; di mana MB Selangor itu membuat LAPORAN KEPADA Pihak SPRM berkaitan dengan SURAT EDRAN ITU. Selepas Khalid membuat laporan kepada SPRM, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution pula cuba mengheret suruhanjaya itu ke dalam kacah politik PKR, dengan menuduh bahawa Khalid akan dibebaskan kerana kononnya TELAH MESRA BN.

Esok atau lusa, Khalid diminta hadir berdepan dengan Jawatankuasa disiplin parti; yang menyebabkan mesyuarat Pas yang sepatutnya berlangsung pada 10 Ogos untuk menentukan ketetapan parti itu terhadap Tan Sri Khalid, telah ditunda ke 13 ogos. Nampaknya, Pas menunggu keputusan PKR; apa kah bakal memecat Khalid.

No comments:

Blog Archive