Wednesday, May 14, 2014

Krisis Umno Terengganu: Pemimpin Ikut Nafsu Perlu Ditolak

Umno Terengganu berusaha untuk memujuk dua ADUN yang keluar Umno pada 13 Mei; bagi menyelamatkan kerajaan BN Terengganu.

Sebelum ini tiga ADUN Umno telah keluar parti dan menjadi ADUN bebas, ekoran perlantikan Menteri Besar Terengganu yang ke-14.

Semalam, ADUN Bukit Besi Roslee Daud telah menarik surat perletakannya sebagai ahli Umno, dan kembali menjadi ADUN Umno. Hanya Ghazali Taib ADUN Ajil dan Ahmad Said ADUN Kijal masih belum menarik surat keluar daripada Umno.

Tindakan tiga ADUN Umno itu, sebenarnya bukan menggambarkan pemimpin yang matang, bukan pemimpin yang memperjuangkan rakyat, bukan pemimpin yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara serta parti, akan memperjuangkan kepentingan pribadi.

Adalah satu kebiasaan apabila perjuangan pribadi tergugat, maka nafsu akan menguasai seseorang. Inilah yang berlaku terhadap tiga ADUN Umno itu.

Mereka mengugut/mengertak kepimpinan, untuk mengikuti hawa nafsu mereka, kerana, ugutan mereka itu, akan mendapat balasan, atas sebab kerajaan akan tumbang bila-bila masa kerana tidak cukup kerusi.

Kini, loreng, arang telah tercoret pada muka mereka. Akibat tindakan gelojoh tanpa menggunakan fikiran yang waras, yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin atau wakil rakyat.

Kalau lah OKB itu Perdana Menteri dan Presiden Umno, lebih elok bubarkan saja DUN Terengganu, bagi membuka laluan pilihan raya negeri, dan seterusnya dapat mengemukakan calon-calon yang tidak beragenda pribadi.

No comments:

Blog Archive